PKP dilonggarkan, apakah kita serisiko seperti Hokaido?

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Ada yang maki hamun mereka yang menyokong  PKP Bersyarat.

Katanya kita tidak ambil iktibar masalah Pulau Hokaido, Jepun yang menamatkan kawalan pergerakan terlalu awal menyebabkan berlaku penularan kes secara besar-besaran.

Ini jenis baca tajuk dan dengar cakap orang sahaja.

Keadaan kawalan pergerakan di Hokaido berbeza dengan PKPB di Malaysia. 

Di Hokaido mereka tidak mengadakan jejak kluster terbesar iaitu “Sapporo Snow Festival” yang diadakan pada Februari lalu.

Acara tahunan itu menarik lebih 2 juta pengunjung termasuk pelancong China dari Wuhan.

Sebahagian kes jangkitan semula ini dikesan dari pelancong China yang datang ke Festival tersebut.

Ini berbeza dengan Malaysia yang telah melakukan jejak terhadap himpunan Seri Petaling sehingga generasi kelima.

Hokaido hanya mengadakan nasihat “lockdown” selama 21 hari berbanding Malaysia sudah lebih 42 hari. (Di Jepun, Kerajaan tidak boleh arahkan penutupan sektor swasta. Mereka hanya boleh nasihatkan sahaja).

Selepas 21 hari Hokaido membuka sekolah dan semua kedai dan perniagaan seperti biasa tanpa apa-apa sekatan.

Malah Hokaido mula menerima kedatangan rakyat Jepun dari tempat lain, sedangkan mereka tidak berada dalam sistem kawalan pergerakan yang sama.

Ini berbeza PKPB di Malaysia yang masih mengharamkan semua perhimpunan besar-besaran, program membabitkan himpunan awam
dan kemasukan pelancong asing.

Kawalan pergerakan dan kesihatan yang Malaysia laksanakan juga berbeza dengan Hokaido dan Jepun keseluruhan.

Malaysia juga masih mengehadkan perjalanan antara negeri berbanding Hokkaido ketika kali pertama.

Semua negara tidak mempunyai formula terbaik mengatasi Covid-19 dan menjaga kepentingan ekonomi negara.

Justeru Malaysia mempraktikkan cara ini yang mungkin berjaya atau gagal.

Lebih baik gagal kerana mencuba, dari pasti gagal bila tidak berbuat apa-apa.

Sumber : Ab Jalil Backer

Tunggu dan lihat, berserah saja pada Allah-KM









Dikuasakan oleh Blogger.