Perut, "kilang" ajaib ciptaan tuhan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :



Kita selalu makan makanan yang keras seperti daging. Kadangkala kita hanya menelan makanan tanpa mengunyah. Bagaimanakah perut menghadamkan makanan seperti itu?. Dalam perut, proses penghadaman makanan berlaku seolah-olah seperti di sebuah kilang. Makanan dihancur dan zat-zat daripada makanan dipisahkan oleh perut dan hampas makanan dikeluarkan.


Apabila kita makan, air liur dikeluarkan di dalam mulut. Air liur dipenuhi dengan jus digestin yang amat penting untuk penhadaman makanan. Apabila makanan dikunyah di dalam mulut, jus ini akan bercampur dengan makanan. Apabila kita menelan makanan, ia akan sampai ke perut melalui saluran esophagus.

Di manakah perut? Kita selalu menyangka bahagian badan di bawah dada hingga kemaluan sebagai perut. Tetapi menurut bidang perubatan perut berada di bawah dada bahagian kiri. Perut ini berbentuk seperti beg duit dan berupaya mengembang dan mengecut mengikut banyaknya makanan yang dimasukkan ke dalamnya. Apabila tiada makanan, perut akan mengecut seperti belon yang tidak berangin.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara saluran makanan dan perut. Apabila kita makan makanan yang sangat panas, kita akan rasa panas di tekak dan apabila makanan itu sampai ke perut rasa panas itu tidak aka ada lagi. Ini kerana dinding perut yang tebal berupaya menahan panas. Tetapi saluran makanan yang hanya berfungsi sebagai jalan bagi makanan masuk ke dalam perut tidak mempunyai dinding yang tebal yang boleh menahan panas.

Apabila makanan sampai ke perut, perut mula berjalan sebagai sebuah alat pengisar. Makanan dihancur dan dikacau seperti tepung. Walaupun berjalan seperti alat pengisar tetapi tidak selaju itu. Semasa proses penghancuran ini, asid klorik dan pepsin akan dikeluarkan. Asid klorik terlalu kuat sehingga boleh membuat lubang jika terkena pada tangan kita. Tetapi dinding perut amat kuat sehingga asid klorik tidak memberi kesan terhadapnya.

Protein yang terdapat di dalam makanan yang kita makan, dipecahkan dalam proses penghadaman. Ini dilakukan  oleh pepsin dengan bantuan asid klorik. Pepsin merupakan suatu enzim. Badan kita mengeluarkan banyak enzim seperti ini. Enzim-enzim ini membantu mempercepatkan penghadaman. Jika tidak ada enzim, penghadaman akan mengambil berhari-hari lamanya.

Tugas perut tidak habis di sini sahaja. Perut berfungsi sebagai satu setor makanan. Usus kecil dan usus besar melakukan tugas seperti mengawetkan makanan di dalam perut, mengeluarkan zat-zat dari makanan di dalam perut, mengeluarkan zat-zat dari makanan dan menghantar zat-zat ini ke saluran darah di seluruh badan. Usus kecil amat penting dalam badan kita.

Makanandari perut hanya boleh masuk sedikit-sedikit ke dalam usu kecil. Terdapat sebuah lubang yang dipanggil Pylorus di antara perut dari usus kecil. Makanan dari perut masuk melalui lubang ini.








Dikuasakan oleh Blogger.