Disebalik keindahan bunga Lampranthus

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Lampranthus ialah sejenis bunga yang kekal lama dan begitu mengkagumkan disebabkan oleh bentuk bunganya yang menyerupai bunga dahlia. Lampranthus ,erupakan bunga yang berasal dari Afrika Selatan. Kini, Lampranthus boleh ditanam di negara Asia yang mempunyai suhu lembab ataupun tropika.



Lampranthus, ialah tumbuhan yang mempunyai bunga yang mempunyai kelopak seakan-akan uraian benang dan berwarna ungu cerah, ia merupakan bunga yang amat halus dan menawan. Tumbuhan ini juga mempunyai akar yang kecil tetapi banyak. Tumbuhan ini akan menghasilkan bunga-bunga yang menarik dengan banyaknya apabila tiba musim panas, selalunya dalam masa tiga hingga empat hari. Selalunya, kelopak bunganya ini akan menguncup pada waktu malam dan kembang semula pada waktu pagi keesokan harinya.

Terdapat tiga  jenis tumbuhan dari jenis tumbuhan dari jenis Lampranthus. L.Elegans adalah tumbuhan yang tahan lama yang boleh sehingga mencapai ketinggian sepanjang 30 sentimeter. bunganya yang berwarna merah ros berukuran sepanjang lima sentimeter. LRoseus pula ialah spesis Lampranthus yang berwarna cerah, daunnya berbentuk tiga segi dan mempunyai bunga berwarna merah jambu yang berdiameter 4 sentimeter.

Spesisi Lampranthus yang terakhir pula mempunyai daun berwarna hijau pudar dan lebat dan diperkenalkan dari India. Tumbuhan-tumbuhan ini amat sesuai untuk ditanam di dalam pasu, atau di persekitaran halaman rumah.

Baja yang paling sesuai untuk menanam tumbuhan ini adalah baja tahi lembu, tanah merah dan tanah sungai. Tumbuhan ini harus dibiarkan tumbuh di tengah panas matahari. Ia juga sesuai untuk ditanam di dalam pasu yang tergantung.







Dikuasakan oleh Blogger.