Bekas personaliti TV Ras Adiba dilantik sebagai Senator wakili OKU

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Tahniah kepada Ras Adiba, seorang OKU yang sememangnya berjiwa kental, dipetik dari laman facebook mantan Perdana Menteri, Najib Razak, beliau secara rasmi dilantik sebagai Senator Dewa Negara. Semoga berbekalkan pengalaman beliau, suara dan kebajikan golobgan OKU terus dibela.


Tahniah diucapkan kepada YB Ras Adiba Radzi atas pelantikan sebagai Senator.

Beliau juga bekas warga media yang sangat berpengalaman dan dihormati.

Saya masih ingat perkhidmatan Senator dahulu yang mewakili suara OKU, YB Bathmavathi Krishnan.

YB Bathmavathi adalah Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia. Terima kasih atas sumbangan YB semasa menjadi Senator sebelum ini.

Walaupun dari segi akses, perjalanan, perkhidmatan dan sebagainya telah bertambah baik, saya percaya masih banyak boleh kita buat. Perlindungan dan hak misalnya. 

Dari segi kebajikan dan bantuan untuk OKU, saya naikkan kepada RM400 setiap bulan pada 2018.

Mungkin kerajaan baru boleh memberi pertimbangan khas untuk menambahkan lagi jumlah dan jenis bantuan kepada mereka.

Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk golongan OKU. - Najib Razak











Dikuasakan oleh Blogger.