Ada maksud jika P Ramlee mula "menghenjut" kakinya

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
SELAMAT HARI BURUH!!


P.RAMLEE mempunyai beberapa tabiat. Beliau memiliki kepandaian berbual dan bercerita secara spontan. Ini membuatkan beliau menjadi seorang periwayat yang baik untuk filem filem arahannya.

Satu tabiat P.RAMLEE ketika beliau duduk sambil bercerita atau berbual, sebelah kakinya tidak berhenti terhenjut-henjut dengan cepat, ini menandakan yang otaknya sedang berfikir. P.RAMLEE suka duduk berbual bersama rakan rakannya di kedai kopi Siput berdepan dengan Studio Nombor 8 di Jalan Ampas. Kebiasaannya ketika beliau sedang rancak berbual atau bercerita mesti ada segelas kopi dan sebungkus rokok Lucky Strike di hadapannya.Seperkara lagi apabila bercerita P.RAMLEE tidak gemar orang memotong ceritanya, beliau mesti menghabiskan cerita terlebih dahulu baru boleh bertanyakan soalan.

Antara pelakon pelakon yang selalu menjadi pendengar setia dan sudah masak dengan cara ketika beliau bercerita ialah seperti S.SUDARMAJI, AHMAD C, A.RAHIM, AZIZ SATTAR, S.SHAMSUDIN, dan beberapa lagi yang lain. .

Apabila kita menonton filem SENIMAN BUJANG LAPOK, kita semua telah disajikan dengan keadaan dan suasana sebenar di Studio Jalan Ampas. Jikalau tidak ada filem itu, maka kita semua tidak akan tahu bagaimanakah keadaan dan suasana yang sebenarnya di studio itu ketika zaman gemilang filem Melayu klasik di Singapura. Kita semua bangsa Melayu di seluruh nusantara patut berterima kasih kepada P.RAMLEE dan juga semua pemain watak di dalam filem itu kerana telah memberikan gambaran yang sebenar keadaan di Jalan Ampas. Walaupun tidak keseluruhannya, tetapi ada. Ini kerana, hanya filem SENIMAN BUJANG LAPOK satu satunya yang memberikan gambaran tersebut.

Wali Seni

Sumber: Majjalah Filem
Kenangan Abadi P.Ramlee - Ramli Ismail
Text: HAR







Dikuasakan oleh Blogger.