300 tahun sejarah pengkajian manusia mengenai perut

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

KAJIAN mengenai perut sudah lama dibuat. Selepas zaman batu, apabila manusia mula mencari pengetahuan, perut mendorong penyelidik melakukan berbagai perkara untuk mengetahui rahsianya. Sebelum melihat kepada struktur biologi perut, mari kita perhatikan sejarah pengkajiannya.

300 tahun dahulu…

Lebih kurang 300 tahun dahulu, seorang bangsa Perancis, Rene, telah memasukkan sebiji bola kapas kecil yang diikat dengan benang ke dalam perut seekor burung. Seketika kemudian, benang telah ditarik keluar. Bola kapas yang keluar dipenuhi dengan makanan burung dan juga beberapa cecair kimia. Cecair kimia itu diletakkan ke atas kepingan daging untuk melihat kesannya ke atas bahan makanan. Kepingan daging itu hancur.

200 tahun dahulu…

Di Kanada, Martin, seorang pemuda berusia 18 tahun sedang membersihkan pistolnya. Tiba-tiba pistol itu tertambak ke perutnya. Martin telah dirawat oleh seorang doktor tentera bernama Beoumont.

Dr William Beoumont, Bapa ilmu Fisiologi Gastrik

Beliau menyangkakan Martin akan mati dalam masa beberapa jam, telah mengeluarkan peluru dan membalut perutnya yang berlubang. Nasib Martin baik. Dia selamat walaupun lubang pada perutnya tidak tertutup. Doktor Beoumont menganggap lubang di perut Martin sebagai peluang keemasan untuk membuat kajian. Pda zaman itu tidak terdapat kemudahan X-ray untuk mengetahui apa yang berlaku dalam badan manusia.

Doktor Beoumont telah memasukkan makanan yang diikat dengan benag ke dalam perut Martin. Beliau menarik keluar benang semasa proses penghadaman sedang berlaku. Kajian sebegini telah banyak dilakukan. Maklumat mengenai bahan cecair kimia yang dikeluarkan oleh perut, kesan bahan kimia itu ke atas makanan dan sebagainya telah diperolehi. Walaupun perut Martin berlubang, tetapi ianya berfungsi seperti biasa dan dia makan seperti orang lain. Selepas kematian doctor Beomont, Martin telah hidup selama 27 tahun lagi.

100 tahun dahulu…

Suatu lagi peristiwa penting dalam kajian mengenai “perut” berlaku pada tahun 1895 di New York. Seorang budak lelaki Tom,  berumur 9 tahun, tersilap minum asid yang difikirkan minuman ringan. Saluran esophagus yang berfungsi membawa makanan dari tekak ke perut telah rosak. Tom telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Para doktor mengambil keputusan untuk memasang satu saluran untuk menyambung tekak dan perut. Semasa pembedahan dilakukan, keadaan Tom menjadi kritikal dan pembedahan dihentikan. Akibatnya saluran baru yang sepatutnya menyambungkan perut dengan tekak Tom tidak dapat disambungkan. Oleh itu apabila makan, Tom terpaksa memasukkan makanan yang dikunyah ke dalam saluran baru. Dua orang doktor yang merawat Tom telah melakukan pelbagai kajian terhadap Tom. Banyak maklumat yang penting mengenai perut telah diketahui. Saluran baru dalam badan Tom rosak apabila dia berumur 53 tahun.

Hasil penyelidikan yang dilakukan selama berates-ratus tahun ini, keajaiban perut telah diketahui oleh manusia.








Dikuasakan oleh Blogger.