15 Ramadhan : Mengenang pertempuran di Ain Jalut

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Pada bulan Ramadhan tahun 658 Hijrah, Sultan Mesir, Saifuddin Quthuz, keluar dari Mesir bersama pasukan Mesir, Syam, dan wilayah sekitarnya. Ia memerintahkan kepada panglimanya, Baybars, untuk berangkat terlebih dahulu untuk mencari-cari maklumat tentang persiapan pasukan tentera Mongol.

Ketika Baybars tiba di Gaza, ia bertemu sekelompok kecil pasukan tentera Mongol. Beliau segera menyerang mereka dan berhasil mengalahkannya. Kekalahan memalukan ini sedikit memberikan pengaruh kepada moral pasukan tentera Mongol.



Kemudian Sultan Quthuz pun tiba di Gaza. Baginda tinggal selama sehari di tanah Syam itu. Setelah itu, kembali berangkat melalui jalur Arce. Melewati jalur-jalur tentara Salib. Pasukan tentara Salib menawarkan bantuan untuk menghadapi tentera Mongol. Sultan Quthuz tegas menolaknya bahkan pasukan tentera baginda memilih untuk berperang dengan pasukan Salib tersebut sebelum berjumpa dengan pasukan tentera Mongol. Akhirnya pasukan tentera pimpinan Sultan Quthuz berjumpa dengan Baybars di Ain Jalut.

Setelah Hulagu pergi meninggalkan Syam menuju Mongol untuk turut serta dalam pemilihan Khan yang baru, pasukan tentera Mongol telah dipimpin oleh Katbugha. Katbugha mengumpulkan semua kekuatan tentera Mongol yang ada di Syam termasuk tentera dari wilayah Georgia dan Armenia yang memihak kepada Mongol. Semuanya bersatu dan bersiap untuk peperangan di Ain Jalut.


Sultan Quthutz mengaturkan strategi untuk menghadapi tentera Mongol yang terkenal dengan keganasannya. Di medan perang nanti, baginda tidak akan terus mengarahkan pasukan utamanya bertempur sebaliknya mereka bersembunyi di bukit serta lembah-lembah di sekitar Ain Jalut. Pasukan tentera ini dipimpin oleh Baybars.

Pada tanggal 15 Ramadhan 658 Hijrah, pertempuran besar pun berlaku di Ain Jalut. Pasukan tentera Mongol datang bagaikan ombak besar di hadapan pasukan tentera Islam. Seolah-olah mereka begitu yakin dengan mudah mendapatkan kemenangan. Mereka sudah berhasil mengalahkan barisan depan pasukan tentera Islam. Namun, Sultan Quthuz tetap teguh dan tak merasa gentar.



Baginda berteriak dengan seruan perang yang terkenal “Waa Islaamaah!!” Kekuatan pasukan utama yang bersembunyi keluar, bersatu, dan teguh berada di sekelilingnya. Mereka menyerang serentak dan berhasil mengejutkan pasukan tentera Mongol sehingga tentera Mongol terpukul dengsn kekalahan yang amat memalukan.

Kekalahan tentera Mongol di Ain  Jalut memudahkan lagi tentera Islam menggempur tentera salib dan membebaskan wilayah-wilayah Islam yang dijajah oleh pendatang Eropah. Ianya juga merupakan penebusan maruah umat Islam yang dikalahkan oleh tentera Monggol sehingga terhapusnya Dinasti Abbasiyyah sebelumnya.

Kemenangan ini juga, membawa kepada ramai pahlawan-pahlawan Mongol memeluk Islam dan mengukuhkan penyebaran kekuasaan wilayah Islam di Asia Tengah hingga ke Lembah Indus.








Dikuasakan oleh Blogger.