"Ya, aku dianggap bodoh kerana menolong anak-anak Rohingya ini"

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Anak Rohingya 2017 dengan Salam Rider.

Ya kami tidak pandai, kami banyak dosa, kami tidak pandai berhujjah. Tetapi kami budak motor juga ada hati perut..

24 MENINGAL atas kapal. Sakit hati yang KUTUK mereka. Lagi sakit hati baca yang pandai 'cakap lebih'

Sehingga sekarang menghantui aku sebab anak Pelarian tidak boleh bekerja formal, mereka tidak boleh dapat pendidikan formal macam kita. Ini Yang mereka minta. Bukan mereka tuntut warganegara.

Manusia perlukan pendidikan, manusia perlu bekerja. Minta sedekah pun mereka tidak boleh. Salah ke tuntut hendak belajar & bekerja? Itukan hak seorang manusia?

Korang angap mereka bermasalah, tetapi pendidikan formal mereka minta korang melenting. Kerja formal mereka tiada, mereka curi korang sekadar caci-cela mereka. Turun padang santuni mereka, cuba dengar masalah sebenar mereka. Jangan jadi hero dibalik langit terbuka sahaja.

Aku rela diangap bodoh untuk membela dorang. Ya aku bodoh, pada aku nyawa manusia tidak berdosa itu lebih penting.

Ya aku bodoh, pada aku anak-anak Pelarian patut mendapat pendidikan setara kita supaya mereka dapat ubah nasib diri mereka.

Aku rela dibenci bangsa aku jika itu memberi keadilan sebagai manusia.

Orang lemah di antara kalian, paling dekat disisiku. Dan orang kuat di antara kalian, paling jauh disisiku.

Sesungguhnya Allah telah menguji kalian dengan aku dan menguji aku dengan kalian. - Fardhil Azri

#SAVERohingya

Paling asas yang perlu diajar kepada anak-anak Rohingya ini adalah membaca al-Quran, moga mereka dapat sedekahkan bacaannya kepada saudara mereka yang dibunuh kejam oleh pengganas Buddha di Myanmar dan memjadi anak yang soleh bila berada di Malaysia.-KM









Dikuasakan oleh Blogger.