[Wajib Baca] Covid 19 : Siapa sebenarkan kontak rapat yang perlu anda waspada

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
“Ya mak cik, datang ke sini hari ni sebab apa ya?”


Tanya staff yang menjaga kaunter saringan.

“Mak cik nak buat saringan untuk cek penyakit covid tu. Itu hari ada sepupu singgah menumpang tidur kat rumah. Berdebar-debar jantung makcik sejak pagi tadi bila dapat tahu dari group whatsapp family yang dia sah positif penyakit tu.

Tu yang cepat-cepat datang ke mari ni.”

Sebaik saja dengar begitu, segera petugas tadi melorongkan wanita tersebut ke laluan khas yang disediakan bagi menyaring individu yang mungkin terkena jangkitan Coronavirus.

Dekat situ nanti, maklumat lebih detail dan pemeriksaan akan dilakukan oleh staff kesihatan yang siap dengan pakaian perlindungan (PPE).

Mujurlah wanita tadi cakna dan faham maksud kontak rapat (close contact) lalu segera hadir lakukan saringan. Jika ditakdirkan positif, dia boleh dirawat segera dan tak jadi penyebab virus tersebar pada orang lain.

Yang paling menakutkan kita sekarang ni ialah masih ada sebahagian yang tak faham maksud sebenar ‘kontak rapat’.

Bebas berjalan ke pasar, ke supermarket tanpa sedar yang dia mungkin jadi penyebar virus bahaya.

Kontak rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Ia termasuk:

▪️ Sesiapa yang tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan pesakit kes Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah berada berhampiran dengan pesakit Covid-19 (kurang satu meter) dalam jangka masa lebih 15 minit.

▪️ Sesiapa yang pernah bersama dengan pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup pada jarak kurang satu meter untuk jangkamasa lebih 15 minit.

▪️ Sesiapa yang pernah melakukan perjalanan (travel) bersama dengan pesakit Covid-19.

▪️ Sesiapa yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup.

▪️ Mana-mana kakitangan kesihatan yang terdedah dengan pesakit Covid-19 dalam keadaan tidak memakai pakaian perlindungan (PPE) lengkap.

▪️ Sesiapa yang bekerja bersama dengan kakitangan kesihatan yang disahkan dijangkiti Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah menaiki kenderaan yang sama dengan pesakit Covid-19 dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam.

Benda ni dah jadi perkara yang sangat serius.

Setakat semalam KKM dah berjaya kesan 735 kes positif jangkitan berpunca dari kategori kontak rapat ni.

Sebab tu mana mana yang termasuk dalam kategori kontak rapat, kami benar benar merayu agar ambil langkah segera untuk lakukan saringan. Tak usah bertangguh.

Tolong sangat-sangat ya. Bantu #sebarkan info ni pada seramai yang mungkin. Mudah-mudahan bila lebih ramai yang tampil untuk jalani saringan, kita akan berjaya akhiri wabak ni dengan lebih cepat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari,
#kitajagakita







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.