Wabak COVID-19 dijangka tidak akan berakhir sehingga Aidilfitri

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Wabak COVID-19 dijangka tidak akan berakhir sehingga Aidilfitri kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ketika mengadakan tele-sidang bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.


Dr Adham ketika menjawab pertanyaan Ahmad Zahid berkata, beliau tidak dapat membuat sebarang keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga hari raya iaitu pada pertengahan Mei depan.
“Sukar untuk buat keputusan kerana ini adalah bentuk pandemik. Kita lihat ada tiga negara di dunia yang sebelum ini keluar dari PKP tetapi ada kajian, ada naik balik kes COVID-19 dan mereka sudah mula amalkan PKP.
“Sekarang ini tugas kita adalah untuk mendatarkan lekuk COVID-19 ini, nampaknya sudah berhasil. Saya jangka COVID-19 ini tidak akan berakhir sehingga bulan puasa, bahkan bulan raya,” katanya.
Selain itu, Dr Adham berkata, keberkesanan PKP dapat dilihat apabila semakin banyak kawasan di seluruh negara kembali ke zon hijau berbanding sebelumnya.
Susulan daripada itu, beliau tidak menolak kemungkinan aktiviti PKP akan dilonggarkan di kawasan berkenaan.
“Kawasan hijau sudah meningkat dengan banyak dan bermakna kawasan hijau ini boleh kita longgarkan PKP ini. Bagaimanapun, kita tidak boleh benarkan satu COVID-19 berada di Malaysia ini,” katanya.
Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 88 kematian, 3,102 sembuh daripada 5,305 jumlah kumulatif kes positif COVID-19.







Dikuasakan oleh Blogger.