VIDEO Suka duka pelawak Accapan :" Dunia perfileman Melayu banyak berjasa kepada saya"

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Mendiang Samynathan a/l Rethinam (27 Januari 1955 - 14 September 2018) atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.
Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70-an dan 80-an bersama pelawak-pelawak keturunan India lain seperti Param, dan pada era 90-an pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Dewi dan Rama. Beliau turut berlakon dalam dalam banyak filem-filem Melayu dari tahun awal 1990an sehingga tahun 2018, antara filem beliau yang sangat diingati seperi Orang kampung Otak Kimia bersahabat beliau Mr Os.
Beliau sering terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau terikat dengan RTM dan sedia mencuba dengan stesen lain. Sungguhpun berpeluang untuk muncul di kaca TV, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.
Dalam seminggu beliau menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Os ataupun Khairul Anuar sebagai artis bebas. Setiap kali membuat persembahan, Accapan akan berlawak dan menyanyi, malah beliau pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.
Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.
Tak ramai yang tahu perit getir mendiang dalam menceburi dunia perfileman Melayu walaupun berbangsa India, beliau menempah nama yang sangat popular dikalangan peminat filem tempatan selama lebih dua dekad.
Video di bawah merungkai segala kisah silam Accapan dalam temu bual sebuah rakaman televisyen tempatan untuk kita kenali sosok yang banyak mewarnai lawak jenaka tempatan dizaman kanak-kanak kita, terima kasih Accapan!








Dikuasakan oleh Blogger.