VIDEO : lelaki tengking polis akhirnya terdiam bila kena "sound" ..

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
BANGI, 9 Syaaban 1441H, Jumaat – Meskipun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki fasa “keras”, namun begitu masih ada sebilangan masyarakat yang ingkar dengan ketetapan berkenaan.

Terbaharu, tular video berdurasi 18 saat seorang lelaki meninggikan suara kepada seorang anggota polis yang dipercayai sedang melaksanakan sekatan jalan raya.
“Saya suka makan sana, ada salah ka?,” soalnya kepada petugas barisan hadapan terbabit.
Video :
terus terdiam... tahniah abg polis
Posted by Kriss Merah Network on Khamis, 2 April 2020
Walau bagaimanapun, di mana dan bila kejadian itu berlaku tidak dapat disahkan.
Sementara itu, tindakan lelaki berkenaan bersikap kurang ajar ketika mempersoal kesalahan yang dilakukan mengejutkan ramai pihak termasuk netizen.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan itu dan merasakan ia tidak wajar dilakukan terhadap petugas barisan hadapan yang berkorban masa serta nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia.
“Abang polis sudah penat, kita kena faham mereka juga manusia. Semua perlu beri kerjasama,” kata Hafiz Sulaiman.
Ekoran penularan wabak pandemik COVID-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan supaya tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini.
Tindakan itu diambil bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan yang telah mengakibatkan 50 kematian di Malaysia.







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.