Sumbangan besar semut pada dunia perubatan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Semut merupakan serangga yang terkenal dengan prinsip hidupnya yang rajin bekerja dan tolong menolong di dalam kumpulannya. Namun keistimewaan semut bukan sahaja terhad pada prinsip kerajinan dan bekerjasama tetapi juga sebagai serangga yang boleh menyembuhkan sesetengah jenis penyakit.

Apakah sebenarnya keistimewaan semut sehingga ia dianggap serangga yang paling bernilai di China. Semut merupakan serangga yang paling berharga di dalam perubatan terutamanya untuk merawat penyakit gangguan di dalam sistem imunisasi seperti reumatoid arthritis yang disebabkan oleh reaksi sensitif pada sistem imun. Puncanya ialah kekurangan zink di dalam cecair synovial pada sendi-sendi yang menyebabkan reumatisma.

Menurut seorang pakar perubatan tradisional China yang mengkaji tentang kegunaan semut di dalam perubatan, memakan satu kilogram semut yang bersamaan dengan 120 ke 130mg zink dapat meningkatkan tahap zink di dalam badan. Pada asasnya semut mengandungi lebih 50 nutrien yang diperlukan oleh badan, 28 jenis asid amino dan pelbagai jenis mineral dan kimia. Oleh kerana keistimewaan ini semut menjadi sumber perubatan semulajadi.

Pakar tersebut menemui khasiat yang diperolehi dari semut sewaktu beliau menjadi doktor tentera pada tahun 1947. Ketika itu seorang doktor telah mencadangkan kepada beliau agar membersihkan luka pesakitnya dengan menggunakan air yang direbus dengan semut atau memberi pesakitnya makan sejenis semut tanah bagi mengurangkan kesakitan.

Berdasarkan preskripsi itu akhirnya pesakit yang dirawatnya beransur sembuh. Semut juga dapat merawat jangkitan fugus seperti kurap dengan membiarkan gigitan semut pada bahagian yang berjangkit. Malahan, semut juga berkesan dalam merawat malaria.

Teori sistematik TCM (Tradisional Chinese Medecine and Western Medicines) juga turut menyimpan rekod tentang penggunaan semut sebagai ubat. "Pil Jingang" yang dihasilkan ketika Dinasti Han telahpun wujud dengan menggunakan sebut sebagai ramuan utama bagi merawat lemah -lemah otot dan tulang. Buku perubatan dari Dinasti Tang (618-907) telah merekodkan kesan terapi dari semut dan buku perubatan yang paling popular iaitu "Compendium of Materia Medica" dari Dinasti Ming telah mencatatkan tentang semut yang berupaya mengurangkan pembengkakan pada kulit. Tidak kesemua jenis semut sesuai untuk dimakan. Di China sahaja terdapat 2,000 jenis semut tetapi hanya 195 jenis sahaja yang sesuai.

Semut yang ditemui di kawasan rumah, bandar atau kawasan rumah, bandar atau kawasan pengeluaran bahan kimia dan baja tidak boleh digunakan sebagai ubat kerana kemungkinan bahan-bahan kimia telah disebarkan.

Hanya semut yang terdapat di kawasan yang masih belum tercemar dengan agen-agen tersebut boleh digunakan sebagai ubat. Racun juga tidak boleh digunakan untuk menangkap semut. Setiap tahun pakar tersebut menangkap dan membeli kira-kira 250 tan semut (satu kilogram mengandungi 20,000 ekor semut).

Hasil dari kajian yan dijalankan dengan menggunakan semut, ramai penghidap reumatoid athritis beransur pulih.







Dikuasakan oleh Blogger.