Bukan! Tabligh orang yang bagi nama. Kami hanya menjalankan kerja dakwah

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Sambungan dari cerita al-Kisah Jemaah Tabligh : suatu hari aku di Masjid Sri Petaling

Selepas Isyak, aku berbual-bual dengan salah seorang jemaah yang menganggotai Ahli Jawatankuasa Masjid Tabligh Sri Petaling.

Jemaah yang memakai kurta berwarna putih dan berkain pelekat ini memberitahu jemaah di masjid itu ada yang datang dari pelbagai negara.

Setiap Sabtu, jemaah  akan bermesyuarat sesama mereka untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi keimanan melalui dakwah di jalan Allah.

"Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w para sahabat menyambung kerja dakwah nabi. Selepas para sahabat, orang-orang alim. Selepas itu, kita semua orang Islam wajib untuk membuat kerja dakwah. Bukan jemaah tabligh sahaja," beritahu jemaah tersebut.

Jemaah itu memberitahu gelaran tabligh itu hanya diberikan oleh orang ramai.

"Bukan! Tabligh orang yang bagi nama. Kami hanya menjalankan kerja dakwah," beritahu jemaah tersebut.

Jemaah ini mengatakan, mungkin kerana tabligh yang bermaksud menyampaikan dalam bahasa Melayu, lalu masyarakat kita menggelar jemaah di Sri Petaling ini sebagai pergerakan tabligh.

Aku terkejut! Selama ini aku menyangka, jemaah di Sri Petaling ini sebuah pertubuhan bernama tabligh. Kalau bukan tabligh, apa namanya?

Jemaah itu memberitahu mereka hanya orang-orang Islam yang dengan rela hati keluar berdakwah di merata pelosok dunia tanpa sebarang paksaan.

Tujuan jemaah berdakwah bukan sahaja menyedarkan orang Islam tetapi berdakwah di kalangan orang bukan Islam.

Tapi tujuan utama jemaah berdakwah untuk menyedarkan orang Islam supaya ikut sama mengamalkan cara hidup Islam dan menjalankan kerja-kerja dakwah. Jemaah perlu hidupkan ziarah, taalim dan membaca al-Quran.


"Jemaah keluar biasanya selama tiga hari, sebulan ataupun empat puluh hari" beritahu jemaah ini.

Jemaah ini mengakui banyak rintangan ketika ini berdakwah mengajak orang Islam kembali memakmurkan masjid-masjid.

Rata-rata orang Islam sendiri memandang serong kerja-kerja dakwah yang dilakukan jemaah ini. Semasa bertandang dari rumah ke rumah, orang Islam sendiri enggan membantu kerja-kerja dakwah.

"Kebanyakan tuan rumah yang nampak kelibat kami dari jauh sengaja duduk diam dalam rumah. Apabila kami datang beri salam, mereka buat-buat seperti mereka tiada di rumah," beritahunya sedih.

Jemaah ini seterusnya menerangkan tujuan dakwah bukan mengajak orang Islam melakukan perkara yang tidak betul sebaliknya jemaah mengajak ke arah kebajikan, mengimarahkan masjid.

"Jadi, bukalah pintu dan sambutlah jemaah dengan baik kerana mereka berdakwah menyambung kerja Rasulullah s.a.w!" beritahunya.



Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut








Dikuasakan oleh Blogger.