Rooney : Itulah gol terbaik sepanjang karierku

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


LONDON: Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan dia tidak menganggap jaringan menerusi sepakan gunting ketika berdepan Manchester City pada tahun 2011 adalah gol terbaik sepanjang kariernya.
Rooney yang kini bersama Derby County, menghabiskan masa 13 tahun di Manchester United dari tahun 2004 hingga 2017 dan menjadi peledak gol sepanjang zaman dengan 253 jaringan dalam 559 penampilan untuk kelab.



Jaringannya yang paling diingati peminat di United adalah ketika meraih kemenangan ke atas jiran tetangga Manchester City, namun Rooney berkata gol terbaik yang pernah dihasilkannya adalah ketika menentang Wigan pada Disember 2009.
“Apabila ditanya gol kegemaran, saya selalu mengatakan sepakan gunting ketika berdepan City - tetapi kita bercakap mengenai cara jaringan dihasilkan, mengenai kerja berpasukan, gerakan, kawalan dan saat ia dihasilkan yang mungkin tidak ramai mengingatinya.
“Ia berlaku ketika menentang Wigan, apabila Rafael membuat hantaran silang dari sebelah kanan dan waktu itu saya berada pada masa yang tepat: Saya mendapat bola itu dan menewaskan penjaga gol,” kata Rooney. Rooney, yang juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England turut menjelaskan bagaimana Alex Ferguson menasihatkannya supaya tidak bekerja terlalu keras dalam perlawanan untuk kekal bertenaga hingga tamat permainan.
“Anda belajar beberapa perkara kecil di sepanjang karier. Nasihat terbaik yang saya terima adalah dari Fergie. Dia berkata, 'Anda bekerja terlalu keras', dan pada awalnya saya terfikir apa yang dimaksudkannya? Bukankah itu yang dia mahu?
“Tetapi saya pernah berusaha berlari sekuat mungkin selama 90 minit dan dalam 10 minit terakhir saya berasa letih.
“Pengurus mahu penyerangnya menyimpan sedikit tenaga, kerana peluang memenangi perlawanan itu mungkin tidak akan datang dalam 90 minit,” katanya.
Rooney menyertai Derby County sejak Januari lalu selepas 18 bulan bersama kelab MLS, D.C. United. - AGENSI







Dikuasakan oleh Blogger.