RAJAWALI anak sulung Tentera Udara Malaysia

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
PESAWAT PERTAMA TENTERA MALAYA - FM1001



Tanggal 17 April 1958 pesawat pertama Tentera Udara Malaya tiba di RAF Sungai Besi, Kuala Lumpur dari United Kingdom. Pesawat jenis Prestwick Twin Pioneer (jenis dua angin) ini dibuat di Scotland berharga $53000 pound atau $400,000 dolar. Ini merupakan satu dari 12 buah pesawat yang dijanjikan oleh British kepada Malaya sebagai sebahagian daripada bantuan ketenteraan Britain berjumlah 328 juta.

Ketibaan pesawat ini membawa erti kepada pembentukan Tentera Udara Malaya. Tunku Abdul Rahman sendiri telah menamakan pesawat ini 'RAJAWALI' - FM1001. Nombor siri sama dengan kad pengenalan beliau.

Antara tugas pesawat ini adalah untuk kempen menentang komunis, mencegah penyeludupan, melindungi perusahan perikanan, mengambil gambar dari udara, laut & darat dan membawa bekalan untuk tentera didalam hutan.

Turut hadir adalah Menteri Pertahanan ketika itu; YB Dato Abdul Razak (Tun), Menteri Kewangan YB HS Lee (Tun) dan Menteri Pengangkutan YB Sardon Jubir (Tun) dimana pada tahun yang sama rang undang undang dibentuk dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tentera Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi.



Pesawat FM1001 ini beroperasi selama 11 tahun dan akhirnya bersara dan dipamerkan Muzium Tentera Udara DiRaja di Sendayan, N. Sembilan. Dalam kata lain, ini Anak Sulong TUDM!

Kredit:
Arkib Negara Malaysia
British Pathe https://cutt.ly/zt4reO9
Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia

Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.