Paku karat boleh lumpuhkan badan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


Kecederaan akibat terpijak paku atau apa sahaja objek tajam yang berkarat tidak boleh dipandang ringan. Tanpa rawatan yang sesuai, ia bukan sahaja membawa kemudaratan serius tetapi juga boleh membawa maut.

Sekalipun paku atau objek tajam yang dipijak itu bersih dan tidak berkarat, tetapi kesannya tetap membahayakan. Paku itu mungkin terdedah kepada tanah, habuk atau najis yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jika pengubatan diabaikan, kecederaan akibat terpijak paku boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang mengancam nyawa. Ia membawa risiko diserang penyakit tetanus dan juga infeksi di bahagian kaki termasuk gangrene yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong.

Menurut Dr. Hyzan Mohd Yusuf, pensyarah dan pakar bedah ortopedik dan Traumatologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kecederaan akibat terpijak paku berkarat mendedahkan seseorang itu kepada sejenis organisme berbahaya yang dikenali sebagai clostridium tetani yang membawa tetanus.

Penyakit itu biasanya menyerang dalam temph 14 hari dan menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan saraf dan kekejangan otot, bermula di bahagian muka sebelum merebak ke leher, badan, tangan dan kaki.

Clostridium tetani, yang juga terdapat pada serpihan besi pada serpihan besi, Jarum dan objek-objek lain yang berkarat atau terdedah pada tanah, debu atau najis, masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka-luka kecil. Ia mengeluarkan sejenis toksin dikenali sebagai exotin tetanospasmin dan exotoxin tetanolysin yang menyerang saraf dan mengakibatkan kekejangan otot.

Menurut Dr Hyzan, mereka yang diserang tetanus biasanya dalam keadaan gelisah, sukar mengunyah makanan, rahang terkunci atau apa yang biasa disebut terkancing gigi dan mengalami kontraksi otot-otot muka menyebabkan mulut berkeadaan  herot dikenali sebagai risus sardonicus.

Di samping itu pesakit tetanus juga menghadapi risiko diserang sawan dan sakit-sakit otot. Jika pengubatan terus diabaikan atau kaedah rawatan tidak sempurna, gangguan pernafasan akan berlaku berpunca daripada kekejangan otot di bahagian pernafasan  dan akhirnya membawa maut.

Selain daripada tetanus, mereka yang terpijak paku berkarat juga terdedah pada infeksi di bahagian kaki. Kecederaan seumpama itu boleh menyebabkan tapak kaki bernanah.

Tanpa rawatan yang sesuai, penanahan boleh merebak ke bahagian tulang dikenali sebagai osteomyelitis, satu komplikasi yang biasanya berlaku dalam jangka masa panjang dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk diubati.

Tanda-tanda awalnya ialah bahagian yang luka terasa sakit, bengkak dan bernanah hingga menyebabkan seseorang itu demam. Rawatan segera melibatkan pembedahan memotong tulang yang rosak merupakan satu-satunya cara mengubatinya.

Kesan akibat terpijak paku berkarat adalah lebih teruk jika pesakit menghidap penyakit diabetis kerana komplikasi akibat terlebih gula dalam darah menyebabkan pesakit tidak berasa sakit walaupun kakinya luka teruk.

Keadaan itu boleh membawa kepada gangrene, iaitu kematian di bahagian kaki. Infeksi di tapak kaki menyebabkan luka cepat bernanah dan melarat ke bahagian atas hingga mengganggu fungsi-fungsi saluran darah. Kurang daya tahan tubuh badan akibat diabetes juga menyebabkan luka cepat merebak tetapi tidak terasa sakit kerana kesemua tisu di bahagian kaki mati.

Kaki akhirnya ,enjadi hitam dan terpaksa  dipotong demi menyelamatkan nyawa. Ia dipotong sama ada di bahagian bawah atau di atas lutut bagi mengelakkan infeksi merebak ke organ-organ penting lain seperti hati, pundi ginjal, buah pinggang dan jantung.

Satu lagi komplikasi berbahaya berbahaya akibat kecederaan terpijak paku berkarat ialah gas gangrene, iaitu sejenis jangkitan yang kerapnya berlaku di kalangan pesakit-pesakit diabetes berpunca daripada sejenis organisme dipanggil clotridium welchii.

Jangkitan di tapak kaki cepat merebak ke paha dalam masa satu atau dua hari sahaja dan menjadi punca penanahan otot dikenali sebagai myonercrosis. Pesakit yang diserang gas gangrene biasanya demam panas dan tidak sedarkan diri. Mereka juga mengalami dehidrasi serta ketidak-seimbangan elektrolit atau garam dalam tubuh badan.

Satu-satunya cara untuk mengubati penyakit itu ialah dengan melakukan pembedahan dan memberi antibiotik. Bagi kes-kes yang ekstrem, pesakit terpaksa menjalani rawatan rapi di wad rawatan intensif. Tanpa rawatan yang sesuai, komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku seperti koma dan pesakit akhirnya meninggal dunia.



LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.