Menyesal para petani di Calcutta, India jual katak...

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


Malang sungguh nasib si katak. Kerana kakinya enak dimakan, ia dihambat dan jadi buruan penggemar dagingnya.

Di Calcutta, India misalnya, suatu ketika dahulu amat banyak katak disitu. Di sawah padi, paya dan kolam, amfibia itu berkeliaran melompat ke sana ke mari. Bermacam-macam jenis katak ada disana - yang hijau, coklat, kecil, kurus mahupun gemuk.

Tapi apabila wujud kegilaan memakan dagingnya, terutamanya masyarakat kulit putih Eropah, katak-katak menjadi buruan para petani. Jika sebelumnya petani di Calcutta menuai padi, kini mereka menuai katak pula. Bersusah payahlah mereka siang dan malam mencari katak di dalam air, selur dan semak. Katak-katak pula mencicit dan melompat-lompat menyelamatkan diri.

Hasilnya memang amat menggalakkan hingga akhirnya hampir tiada lagi katak disitu. Para petani pula seronok kerana mendapat wang lebih hasil menual katak.

Katak-katak itu kemudiannya dijual kepada orang tengah untuk dieksport ke luar negara, khususnya Eropah. Bahagian kaki paling mendapat permintaan di sana.

Bagaimanapun, pada leat 1980an, para petani di Calcutta mula termenung panjang. "Kehilangan" katak mula dirasai kerana akibat ketiadaan amfibia itu, ketam kecil perosak padi bermaharajalela. Hasil tanaman merosot. Tidur malam pun tidak lena kerana terlalu banyak nyamuk.

Jadi racun dan bahan-bahan pengawal haiwan perosak itu terpaksa dibeli. Mereka mula menyesal kerana pada akhirnya, belanja yang lebih besar berbanding pendapatan menjual katak!, akhirnya penduduk Calcutta merindui juga kehilangannya.

Pentingnya ekosistem kita ni adanya katak

LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.