Mengenal keluarga besar pelakon lagenda AR Tompel

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
ANAK BAPAK - LAGENDA AR. TOMPEL
Oleh: Repair Gambar Lama


Semasa kematiannya tanggal 30 Januari 1973, A.R.Tompel mempunyai 18 orang anak hasil daripada 6 perkahwinan. Sebanyak orang daripada mereka adalah lelaki.


6 perkahwinan ini termasuk :
1. P. Suriati (Pelakon) - 3 orang anak
2. Saloma -(Penyanyi) seorang anak
3. Azizah@ Jah Ismail (Pelakon)- 10 orang anak
4. Shamsiah - seorang anak
5. Ruminah Sidek (Pelakon) - 2 orang anak
6. Zainun Ismail - seorang anak

Bersama P.Suriati, Armaya Aman Ramlie (A.R.Badol) dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel) paling terkenal. Begitu pun juga, antara mereka berdua, A.R.Badol yang lahir di Singapura pada 2 November 1949, paling menonjol kerana banyak berlakon dan mengarah filem yang boleh dikatakan semuanya bercorak komidi. Bagaimanapun anak AR Tompel yang sulong - Anuar meninggal dunia pada Disember 2019 yang lalu.

Bersama Saloma, A.R.Tompel hanya mempunyai seorang anak, Armali Aman Ramlie, yang lebih terkenal sebagai pemuzik dibandingkan pelawak. Dia dilahirkan di Singapura pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2006.

Bersama Jah Ismail, paling ramai A.R.Tompel mempunyai anak (10 semuanya) Mereka sedang giat berusaha mengumpulkan bahan-bahan mengenai A.R.Tompel untuk tulisannya yang akan dijadikan buku.

Bersama Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie yang paling ke depan mengikut langkah ayahnya sebagai anak seni, aktif didalam pementasan teater & filem.

Bersama Shamsiah & Zainun merupakan wanita kebanyakan masing masing dengan seorang anak. Zainun berasal dari Kelantan, hanya seorang anak - Dicky AR yang masih didalam perut sewaktu AR Tompel meninggal dunia. Namun tak dapat dinafikan wajahnya saling tidak tumpah keturunan Aman Ramlie.

Catch Cold Father! mana satu betul betul muka ANAK BAPAK?

AR Tompel seniman lagenda

Rujukan:
Keluarga AR Tompel - Azman AR
Mustafar AR

Antara babak Filem Anak Bapak yang admin suka, lebih-lebih AR Tompel sebut perkataan "mahkamah"

AR Tompel dan isterinya, Ruminah Sidek yang juga seniwati lagenda

Antara babak paling diingati dalam filem Nasib Do Re Mi, babak "ahli mesyuarat tingkap" bersama AK Jailani









Dikuasakan oleh Blogger.