Lakonan Mak Dara bertaraf antarabangsa walaupun dia lemah membaca skrip

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Mak Dara


Generasi terdahulu sangat terhad peluang untuk menimba ilmu. Ada yang masuk kelas malam, ada yang merangkak pembacaannya, majoriti masih buta huruf dan mengharapkan orang lain untuk membacakan mereka. Kelemahan Mak Dara membaca, ditutup dengan gerak gayanya sehingga menjadi bintang Bangsawan. Selain daripada berlakon di pentas Mak Dara juga merupakan seorang penari joget dan penyanyi.

Filem PERTAMA lakonan Mak Dara berjudul Ibu Tiri (1941) terbitan Shaw Brothers di Singapura, namun terhenti apabila perang tercetus. Ketika P. Ramlee ingin mencari para pelakon untuk filem IBU MERTUA KU (1962), beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara enggan menerima tawaran itu kerana dia enggan menyusahkan P. Ramlee dan khuatir tidak dapat membawa watak tersebut dengan baik. Namun sebagai pengarah, P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.

"Tentang keboleh-nya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak mengapalkan (menghafalkan) senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat". -P.Ramlee

Inilah gambar esklusif Mak Dara sedang dibacakan dialog oleh Penolong Pengarah S.Sudarmadji yang sabar mengasuh Mak Dara menghafal skrip untuk persiapan watak Nyonya Mansoor.



Lakonan Mak Dara di dalam filem itu boleh dikatakan setaraf dengan mutu lakonan pelakon antarabangsa dan paling dikenang sepanjang zaman. bak kata P.Ramlee  “untuk menghasilkan seni lakonannya itu, lima mangkuk darah saya sudah di-hirupnya, walaubagaimana kesempurnaan lakonan Mak Dara payah diantok oleh lain2 yang sebaya dengan-nya".

Selama 29 tahun pengalaman berlakon filem, Mak Dara telah berlakon sebanyak 26 buah filem kesemuanya walaupun beliau sendiri tidak boleh membaca. Bayangkan jika beliau sempat menulis sendiri memoirnya, suatu 'masterpiece' yang sangat ternilai.

FILEM-FILEM LAKONAN MAK DARA

Ibu Tiri (1941)
Berdosa (1951)
Norma (1951)
Perkahwinan Rahsia (1951)
Penarek Becha (1955)
Anak-Ku Sazali (1956)
Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961)
Singapura Dilanggar Todak (1961)
Sri Mersing (1961)
Lela Satria (1961)
Yatim Mustapha (1961)
Puteri Gunong Ledang (1961)
Siti Zubaidah (1961)
Jalak Lenteng (1961)
Ibu Mertua Ku (1962)
Tun Fatimah (1962)
Siti Payong (1962)
Mabok Kepayang (1962)
Tangkap Basah (1963)
Ibu Ayam (1963)
Rumah Itu Dunia Aku (1963)
Darah Muda (1963)
Budi dan Dosa (1963)
Jeritan Batin (1964)
Aksi Kuching (1966)
Mat Toyol (1969)

Rujukan:
Bulanan Gelanggang Filem
Berita Harian, 18 Februari 1970
Berita Harian, 19 Februari 1970
Utusan Malaysia, 19 Disember 1999

Admin : Bosan PKP, main tiktok, itu bodoh namanya.







Dikuasakan oleh Blogger.