Kronologi jerebu paling teruk dalam sejarah Malaysia moden

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


1. September hingga November 1997
Fenomena El Nino di beberapa tempat di Sarawak IPU melebihi tahap 500. Udara kembali normal pada bulan November.

2. Ogos 2005
Seluruh kawasan Lembah Klang dan Kawasan sekitarnya mencatat IPU sangat teruk. Kerajaan mengisytiharkan darurat di dua kawasan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor yang mencatat IPU melebihi 500.

3. Oktober 2010
Kualiti udara mencatat tahap bahaya di Muar, Johor dengan bacaan 432. Kemerosotan kualiti udara telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat. Semua sekolah (170 sekolah) di Muar diarahkan tutup pada 21 Oktober 2010.

4. Jun hingga Ogos 2012
Keseluruhan kualiti udara sedikit merosot namun kebakaran berlaku di Miri, Sarawak menambah peningkatan IPU mencapai tahap 10 mikrometer atau PM 10.

5. Jun 2013
Kawasan pembakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah Barat Daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tiga kawasan berada tahap bahaya iaitu Muar, Johor (IPU 690), Bukit Rambai (IPU 428) dan Bandaraya Melaka (IPU 415) di Melaka. Kerajaan mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan daerah Ledang.

6. Februari dan Mac 2014
Jerebu dicetuskan oleh kebakaran hutan di Selangor, Perak, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Kualiti udara menjadi semakin teruk dua kawasan Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor mencatat tahap IPU lebih daripada 300.

7. Ogos hingga September 2015
Pembakaran hutan secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan 34 kawasan di negara  mencatat status kualiti udara yang tidak sihat apabila bacaan IPU mencapai 200. Semua sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup sebelum diikuti penutupan sekolah di Kuching dan Samarahan. Bacaan IPU tetinggi 211 dicatat di Banting.

8. Ogos 2018
Bacaan jerebu di beberapa kawasan di negara masih terkawal disebabkan hujan yang turun dengan banyak. Namun beberapa kawasan seperti Batu Pahat, Johor, Miri, Sarawak dan Johan Setia, Selangor mencecah IPU 150 tidak sihat.







Dikuasakan oleh Blogger.