Kolestrol : lagi diambil lebih baik?

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Kolestrol dan serangan jantung dikatakan saling kait mengait. Tetapi sejauh manakah kebenarannya? Seorang pakar dari Copenhagen, Denmark Dr Uffe Ravnskov pernah memberikan satu kenyataan yang menakjubkan – kolestrol berlebihan bukanlah penyebab serangan jantung. Malah beberapa kajian menunjukkan mereka yang enggan mengambil makanan mengandungi kolestrol berlebihan juga pernah diserang sakit jantung, jelas beliau.

Pendapat Dr Uffe itu bukanlah sulit untuk difahami. Dia menambah, walaupun perkara itu pernah dibincangkan dalam jurnal-jurnal saintifik tetapi orang awam tidak mengetahuinya kerana media kurang menekankan masalah tersebut.

Katanya tidak ada istilah kolestrol “baik” atau “jahat”. Malahan ia dikatakan cukup berguna kepada sel-sel mamalia.

Menerut Ravskov lagi, biasanya badan seseorang akan menghasilkan tiga hingga empat kali ganda kolestrol berbanding dengan kuantiti yang diperolehinya daripada makanan.
“Bahkan badan yang meningkatkan pengeluarannya jika seseorang itu terlalu berhati-hati ketika memakan makanan berkolestrol.

“Sebaliknya pengeluaran itu akan menurun jika diambil berlebihan daripada makanan,”
Pendapat yang mengatakan kolestrol daripada makanan yang menyebabkan serangan jantung masih boleh dipertikaikan.

“Cuma tekanan mental, aktiviti fizikal tak berjadual dan perubahan berat badan kerap mempengaruhi paras kolestrol dalam darah.








Dikuasakan oleh Blogger.