Khasiat ulam Paku Rawan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


Mengenai paku rawan

  1. Tergolong dalam keluarga limnocharitaceae atau alimastaceae.
  2. Tumbuhan akuatik yang boleh mencecah ketinggian 20 hingga 100 sentimeter.
  3. Berdaun lebar, batang bersegi, berongga di tenganya, bunganya berwarna kuning dan buahnya berbentuk sfera.
  4. Kecantikan bentuk paku rawan dijadikan sebagai tanaman hiasan antara faktor paku rawan dibawa masuk ke Asia.
  5. Menjadi musuh kepada petani kerana paku rawan boleh menghalang aliran air semasa hujan dan menyebabkan kerosakan pada benih padi muda.
  6. Mempunyai tahap kerintangan terhadap racun terhadap racun dalam kumpulan Acetohydroxyacid synthase. Untuk mengatasi masalah itu, paku rawan dicadangkan untuk menjadi tumbuhan berguna dengan meneroka potensinya dalam bidang perubatan ataupun dalam sektor pertanian.

Khasiat paku rawan

Mengekalkan kekuatan gigi
Kalsium dan fosforus di dalamnya baik untuk kesihatan pergigian.

Meningkatkan daya tahan
Kandungan sebatian vitamin B1 berfungsi meningkatkan daya tahan.

Meremajakan kulit
Rumpai yang kaya dengan air memberi kelembapan dan mengatasi masalah kulit kering serta cerah secara semula jadi.

Baik untuk pesakit anemia
Khasiat besi yang terdapat pada bunga paku rawan membentuk dan memperbaiki sel darah merah dalam badan.

Membuang angin dalam badan.

Mempercepatkan proses penyembuhan luka pada badan

Baik untuk kesihatan gigi dan tulang

Baik untuk sistem pencernaan
Kandungan seratnya cukup tinggi dan baik untuk sistem pencernaan

Mengekalkan kesihatan jantung
Bahan-bahan polifenol yang terkandung dalam paku rawan salah satunya antioksidan. Bahan tersebut boleh memusnahkan radikal bebas mengalir dalam darah yang mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung.

Pertumbuhan semula sel-sel
Sel-sel dalam badan sentiasa berubah. Sel yang lama akan digantikan dengan baru dan lebih sihat. Kandungan protein yang terdapat dalam paku rawan penting untuk memproses dan membentuk sel-sel yang baru.

Menambah tenaga
Biasanya, keperluan tenaga kita diperoleh daripada makanan seperti beras, ubi dan lain-lain. Anda pasti tidak membayangkan khasiat paku rawan boleh menjadi sumber tenaga. Kandungan karbohidrat sebanyak 14.56 peratus menjadikan paku rawan boleh dijadikan sumber tenaga baik untuk badan.

Sumber lemak baik (HDL)
HDL mempunyai fungsi membersihkan lipid daripada lemak jahat (LDL) bagi mengurangi masalah kolesterol. Dengan kata lain, manfaat paku rawan sangat baik buat mereka yang mengalami kolesterol tinggi dalam darah.







Dikuasakan oleh Blogger.