Kerjanya jual besi buruk, bila mengajar al-Quran dia tak nak upah

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Dalam seminggu, tiga kali atau lebih dia datang rumah aku sebelum maghrib untuk mengajar alQuran kepada mak ayah aku. Selepas isyak, luang sedikit masa bersembang sebelum pulang ke rumah.

Perkenalan hanya bermula apabila dia datang untuk beli besi buruk di rumah. Dia berkongsi cerita kehidupannya dalam mencari rezeki di sini. Menyara keluarga dan beri pendidikan kepada anak²nya di sebuah madrasah di sini.

Seterusnya, dia bersetuju untuk mengajar keluarga aku alQuran. Bila ditanya berapa bayaran, jawapannya adalah percuma. Jika nak bayar, beri dia buat kerja seperti potong rumput. Dia tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu.

Tidak buat kacau, tidak berkelakuan buruk tapi selalu mengingatkan keluargaku dengan nasihat yang berbentuk agama.

Pernah sekali bila aku keluar rumah, kebetulan dia baru sampai ke rumah aku, dia pesan secara personal, "Buat baik dengan ibu bapa, insyaAllah anak² kamu pun akan buat baik dengan kamu".

Dia yang aku maksudkan adalah seorang lelaki Islam yang berbangsa Rohingya, yang aku sangat hormati kerana keperibadiannya.

Sebab itu aku tidak pernah bersetuju untuk pukul rata bahawa Rohingya ini jahat.

Jika dikatakan semua Rohingya ini bangsat, maka tidaklah adil buat mereka. Mungkin yang sedang pukul rata bangsa Rohingya ni bangsat terlalu suci ataupun sudah berjaya menempah tiket ke syurga.

Ada beza sikap orang Islam yang betul² follow Islam berbanding yang hanya mengaku Islam.

Aku tahu bila bertambahnya warga asing dalam negara, ianya akan menjadi satu masalah besar buat kita. Aku yakin kerajaan kita mampu tangani dengan baik, berbincang untuk idea yang lebih baik di peringkat antarabangsa.

Aku konsisten orang yang dizalimi perlu dibantu. Malaysia, berlaku 'adil' lah kepada kami dan mereka.

Selamat menyambut bulan Ramadan.


(Dalam gambar ni orang Melayu. Jangan salah faham anggap Rohingya)

P/S: Jangan lupa komen, "Kau simpanlah orang Rohingya di rumah kau!"

Kredit : Nif Algauni

Bangsa apa yang mudah masuk syurga?,
tiada...








Dikuasakan oleh Blogger.