Kenali wajah-wajah alim ulama dari Pattani Darussalam

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Tuan Guru-Tuan Guru Pattani Darussalam


Laqab kuniyah disana disebut sebagai
Tuan Guru Babo@Baba merujuk orang Alim lepasan pondok-pondok turath.

Gelaran Baba dikurniakan kepada mereka
yang mengaji tempoh yang lama dengan dhowabit kitab-kitab jawi lama.

Ada yang mengaji hingga berbelas tahun bermula kelas ibtida' hingga kelas Alim.

Mereka bukan sekadar hanya belajar sekerat atau separuh kitab bahkan bukan tempoh sekejap bahkan ada yang mengaji di pondok selama 20 tahun.

Mereka habiskan masa dengan talaqqi menghafal dhobit kitab kemudian muzakarah antara santri-santri pondok. Uruskan pondok khidmat pada guru pada malam nya dengan tahajud baca quran wirid dan baca ratib.

Sebahagian pondok selang selikan
dengan membaca bait-bait qasidah burdah sebagai satu hiburan hati satu waktu istirehah saat penuh waktu dengan mengaji.

Ada pondok berqasidah dengan alat sekadar untuk menaikkan zauqiyah jiwa. Ada juga yang tanpa alat ketika mana berqasidah di lantunkan.

Sudut silibus pengajian mereka seperti
kelas Alim aliran nizamuddin atau deoband di India dan Pakistan bermula dari kitab rendah hingga kitab yang tinggi bab fatwa atau fiqh perbandingan antara mazhab disebut sebagai fiqh muqaran dalam silibus Feqah.

Bahagian Pengajian Terbahagi kepada tiga
Bab Akidah, Feqah dan Tasawwuf semua aspek dipelajari ada kalanya di masukkan silibus Hafazan Al-Quran 30 Juzu'.

Di bahagian lain InsyaAllah. Kita akan kongsikan tentang sumbangan
Pondok di tanah nusantara terutama Malaysia.

Jom kita kenali wajah-wajah Ulama' Pondok
gambar di bawah ini. Moga mengalir barakah dalam diri kita ahli keluarga dan masyarakat.





























Terima Kasih Ulama' Kamu Cahaya Umat.

Al-Hamdulillah,

Sekian.
Amirul Haikal Bin Abd Rahim
Seri Kembangan.

Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.