Kematian akibat Covid 19 lebih 10 kali ganda berbanding H1N1-WHO

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di seluruh dunia ketika ini adalah 10 kali ganda daripada H1N1 yang pernah menyebabkan pandemik global pada tahun 2009.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, pandemik H1N1 yang bermula di Mexico dan Amerika Syarikat pada Mac 2009 telah mengorbankan 18,500 orang.
Bagaimanapun, jurnal perubatan antarabangsa, Lancet menganggarkan statistik kematian keseluruhan jauh lebih tinggi iaitu di antara 151,700 sehingga 575,400 orang.
Terdapat vaksin khusus bagi mengatasi penularan wabak berkenaan, yang berakhir pada Ogos 2010.
Namun H1N1 tidak begitu menakutkan berbanding COVID-19, yang pertama kali muncul di Wuhan, China.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin COVID-19 amat diperlukan ketika ini bagi menghentikan penularan wabak yang menyebabkan kira-kira 115,000 kematian dan 1.8 juta jangkitan di seluruh dunia.
Tambahnya, WHO sedang menjalankan penyelidikan berterusan mengenai virus berkenaan secara global malah WHO juga menghargai usaha semua pihak bagi mencari penawar atau vaksin bagi merawat wabak ini.
“Kami sedar COVID-19 tersebar pantas dan ia menyebabkan lebih daripada 10 kali ganda kematian daripada pandemik H1N1 pada 2009,” katanya dalam satu taklimat secara maya, hari ini.
Menurutnya, vaksin COVID-19 dijangkakan dapat digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
Beliau menegaskan, wabak COVID-19 tersebar dengan amat cepat maka setiap negara perlu komited laksanakan kajian awal bagi setiap kes, melakukan pengasingan serta mengambil berat dalam mengesan setiap kontak yang mungkin boleh menyumbang kepada peningkatan kes.
“Maksudnya, kes COVID-19 menunjukkan lebih banyak peningkatan daripada penurunan.
“Justeru, langkah pengawalan yang ketat perlu diteruskan termasuk dengan melakukan pengesanan kontak dalam kapasiti yang besar,” katanya. – Agensi

WHO mengingatkan bahawa langkah penamatan lockdown mestilah dilakukan secara berhati-hati, sehingga kini vaksin Covid 19 masih tidak ditemui, hari ini sahaja lebih 1500 nyawa terkorban di Amerika Syarikat kurang 24 jam - KM







Dikuasakan oleh Blogger.