Keajaiban daripada dua kejadian

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Suatu malam pada Jun 1930, seorang anggota peronda lebuh raya, Allan Fably dari El Pasio, Texas Amerika Syarikat mengejar sebuah trak yang dipandu laju melebihi 110 kilometer sejam.



Mendengar siren, pemandu trak itu memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba. Fably yang sedang memandu laju gagal mengawal kereta perondanya, lantas merempuh belakang trak itu.

Fably tersepit di dalam kenderaan yang remuk. kaki kanannya patah sementara darah meyembur dari luka yang cukup dalam di betisnya. Facly boleh maut jika tiada yang membantu.

Tiba-tiba seorang pengguna lebuh raya, Alfred Smith datang membantu. Luka Fably diikat menggunakan kain pembalut. Apabila ambulans tiba, Fably dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan doktor, jika tidak kerana bantuan Smith, Falby mungkin sudah menjadi mayat.

Lima tahun kemudian Falby yang sedang bertugas di lebuh raya yang sama, menerima isyarat melalui radio kereta peronda yang mengarahkannya memberikan bantuan segera kepada mangsa kemalangan.

Laporan itu menyebut, mangsa parah selepas keretanya terbabas lalu merempuh sebatang pokok. Fably memecut ke destinasi yang dimaklumkan kepadanya sebaik tiba, beberapa orang sedang bersungguh-sungguh membuka pintu kereta yang remuk itu.



"Mangsa masih tersepit, kami tak tahu nak buat apa," berkata salah seorang daripada mereka.

Falby menghentak cermin tingkap kereta dengan cotanya dan mengeluarkan pemandu yang pengsan. Kaki kanan mangsa patah terkulai sementara darah membuak-buak dari luka di betisnya.

Fably memberikan bantuan kecemasan. Dia mengamati magsa. Dirasakannya seolah-olah pernah bertemu lelaki itu. Setelah memerah otak, barulah dia ingat. Mangsa itu adalah Alfred Smith, orang yang pernah menyelamatkan nyawanya lima tahun lalu.

Mereka akhirnya menjadi rakan karib hingga ke akhir hayat.







Dikuasakan oleh Blogger.