Jurutera Palestin cipta alat rawat Covid 19

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Meskipun menghadapi kesukaran dan kekangan akibat pendudukan haram Israel, para jurutera Palestin berjaya membina pam perubatan udara bagi merawat pesakit wabak COVID-19.

Universiti al-Quds di Baitulmaqdis telah melancarkan pembinaan pam berkenaan sehari setelah ia digunakan di hospital Palestin.
Menurut Ketua Fakulti Perubatan Universiti, Hani Abdeen, sebanyak 180 hingga 200 mesin berkenaan berjaya dibina di wilayah Palestin yang dikepung termasuk Gaza.
Hani berkata, masih banyak lagi mesin yang diperlukan sekiranya kes penularan COVID-19 meningkat di wilayah Palestin, yang menempatkan seramai lima juta warga Palestin.
Para jurutera Palestin memutuskan untuk membina sendiri mesin berkenaan memandangkan permintaan global adalah tinggi dan kesukaran untuk rakyat Palestin melakukan proses pengimportan.
“Kami harus bergantung kepada pengetahuan, kepakaran dan kemampuan inovatif para intelektual, saintis dan medik Palestin untuk membantu masyarakat,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat berkata, Palestin meminta Israel untuk bekerjasama memerangi COVID-19, namun malang menimpa apabila permintaan mereka hanya dibalas dengan serangan dan pembunuhan daripada rejim pengganas Israel.
Pada masa sama, Hani berkata, jurutera Palestin turut menghadapi kesukaran apabila kekurangan bahan untuk menghasilkan mesin berkenaan.
“Tetapi kami cukup beruntung dapat menemukan bahan-bahan yang kurang di pasar Palestin.” Katanya.
Mesin berkenaan kurang maju daripada model yang terdapat di pasaran, namun ia dapat dihasilkan dengan pantas dan sesetengah bahan-bahannya berteknologi tinggi.
Jurutera Palestin menyasarkan sebanyak 500 mesin dihasilkan untuk kegunaan hospital tempatan dan berkemungkinan mengeksport mesin tambahan di luar wilayah.
Setakat ini, mesin itu digunakan secara terhad kerana hanya terdapat sebanyak 350 kes COVID-19 di Gaza dan Tebing Barat, selain dua kematian.
Pihak berkuasa Palestin dengan kerjasama Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan wabak COVID-19.
Israel ketika ini melaporkan hampir 15,000 kes COVID-19 telah disahkan dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 193 orang. – Agensi

Di Amerika Dr Anwar Saud dan pasukannya di anggap wira setelah mencipta alat splitter Ventilator yang banyak membantu merawat pesakit Covid-19 - KM







Dikuasakan oleh Blogger.