Jenis-jenis durian yang paling disukai oleh rakyat Malaysia

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Ramai orang yang suka makan durian sehingga musimnya ibarat satu pesta makanan. Sejauh mana kita mengetahui jenis-jenis durian yang popular di Malaysia?. Kali ini admin sekadar nak kongsikan info ringkas jenis-jenis durian yang mungkin korang pernah rasa tapi langsung tak tahu apa jenis durian yang dimakan tu.

Musang King

Isinya licin, rasa seperti mentega dan berwarna cerah. Gelaran lain butter durian.


Golden Phoenix 

Isi berwarna kuning dan tidak begitu kuning berbanding durian Musang King. Rasanya manis dan berbau lebih kuat berbanding spesis durian lain.


XO

Rasa yang sangat lembut. Sesuai bagi mereka yang tidak menyukai rasa durian yang manis dan ada sedikit rasa pahit.



D24

Sama taraf dengan durian Musang King. Isinya berwarna kuning keemasan dengan tekstur berkrim dan pahit.



D13

Warna oren coklat dan isinya manis, kurang berserat dengan biji besar serta mudah untuk dimakan.


D1

Bagi mereka yang memilih durian isi banyak D1 pilihan yang tepat kerana bijinya lebih kecil berbanding dengan durian lain.


D101

Isi kurang manis tetapi berkrim sesuai untuk mereka yang berdiet.


Udang Merah

Isinya berwarna oren membuat sesiapa sahaja teringin membelinya kerana rasanya begitu menyelerakan.



Bambu Hijau (Durian Tekka)

Isinya berwarna kuning kehijauan seperti buluh. Rasanya manis dan kulitnya lebih keras membuatkan ia sukar untuk dibuka.


Black Pearl

Isi berwarna kuning kelabu seperti mutiara dan lebih licin dengan rasa berkrim. Teksturnya sedikit pahit dan mempunyai biji yang kecil.









Dikuasakan oleh Blogger.