Isu Rohingya : "lebih baik kamu diam..." - YB Ustaz Nik Abduh

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Rohingya Ramadhan


Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja. Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.

DOSA BESAR.

Ia membunuh nilai Ramadhan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap muslim.

Ingat, ia hanyalah propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.

Ia melaungkan, "Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun. Lihatlah, mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Begitulah kami di Myanmar menjadi susah kerana kejahatan dan keburukan mereka."

FITNAH nyata ke atas umat Islam. Tipudaya yang nyata untuk memecah belahkan umat Islam.

Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya.

Jangan sombong wahai Malaysiaku.

Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam.

Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Liew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas.

Ya Allah, bebaskan kami daripada tipu daya musuh yang merosakkan dan menzalimi.

رب انصرنى على القوم المفسدين.
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين.

Sumber FB Rasmi YB Ust Nik Abduh 

LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.