Ini perkara wajib anda tahu jika ditangkap polis semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

SESIAPA jua yang ditangkap dan didakwa dengan sebab melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, dan kemudiannya disabitkan atas kesalahan itu, STATUSnya bukanlah seorang Penjenayah.

Hukuman bagi sabitan atas pertuduhan ini ialah denda tidak melebihi RM1,000 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan bagi dakwaan kesalahan itu akan didaftarkan di bawah Kod No. 85, yang bermaksud Orang Kena Saman (OKS).

Sewaktu pertuduhan dibaca, OKS diminta berdiri di luar kandang Pesalah (tidak sama dengan pertuduhan jenayah yang perlu berdiri dalam Kandang Pesalah).

Sabitannya bukanlah sabitan jenayah, tiada rekod jenayah!

Kesnya sama seperti seorang yang kena saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

NAMUN, jika anda dihukum penjara melebihi sehari (yang bermakna anda perlu mendaftar masuk sebagai seorang banduan) ATAU anda tidak mampu bayar denda yang dikenakan (default) dan kemudiannya dipenjarakan sebagai ganti denda, maka anda akan direkodkan sebagai bekas banduan.

PERLU DIINGAT, situasi ini TIDAK TERPAKAI sekiranya anda didakwa atau turut didakwa dibawah Kanun Keseksaan (katakan di bawah Seksyen 186 kerana menghalang Penjawat Awam dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menguatkuasakan undang-undang samada dalam bentuk caci maki, kata nista mahu pun kekerasan yang lain) atau Akta Polis 1967 atau kesalahan-kesalahan jenayah yang lain.

#DudukRumah
#StayAtHome
#Covid19

Wan Rohimi Wan Daud,
Pengerusi Lajnah Undang-undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat.









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.