Enaknya tidur bersama 2 juta hama

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :



Malam tadi anda tidur di mana? Atas tilam? Salah. Sebenarnya  di atas dua juta hama!. Haiwan itulah sekian lama yang sekian lama menjadi teman sepertiduran anda.

Kalau dilihat dengan mata kasar memang tidak Nampak, tapi di bawah mikroskop, akan terserlah segala-galanya dan mungkin anda akan merasa gerun. Dibawah cadar tempat anda baring itulah hama berkaki lapan makan, tidur, ‘membuang air” dan berkeluarga.

Apakah makanan mereka? Sel kulit dan sisa tubuh kita seperti peluh serta darah. Ertinya kitalah yang selama ini mebiak hama-hama tersebut! Tentu enak rasa sel kulit dan peluh kita itu.

Tapi kasihan kepada orang yang alah kepada habuk. Kehadiran hama yang terlalu banyak berserta najisnya dan sisa kulit meyebabkan satu lapisan debu yang amat halus terbentuk di bawah cadar. Ia sangat menggangu pernafasan. Apabila katil dikemas atau cadar ditukar, lapsan debu halus itu berterbangan dan disedut masuk ke dalam hidung. Awas! Ia boleh menyebabkan asma. Adakah mala mini anda akan tidur di atas katil lagi?








Dikuasakan oleh Blogger.