Duta Timur Tengah : Lantik Tuan Guru Hj Hadi langkah tepat - Prof Dr Azmi

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

BANGI, 10 Syaaban 1441H, Sabtu – Pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri adalah satu keputusan yang tepat pada masanya, kata Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan.
Beliau berkata, Malaysia sememangnya memerlukan seseorang yang rapat dengan negara rantau itu bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua pihak. 
“Pelantikan ini memang kena, tepat pada masanya di saat hubungan kita dengan beberapa negara Timur tengah renggang.
“Kita memerlukan seseorang yang rapat untuk memulihkan hubungan itu dan pelantikan sememangnya mengikut keadaan semasa,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau menegaskan, tidak timbul isu membazir wang kerajaan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak terutama dari pihak pembangkang berhubung pelantikan berkenaan.
Prof Azmi menegaskan, objektifnya secara dasar sama sahaja seperti pelantikan Duta Malaysia ke China yang pernah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.
“Membazir bukan satu isu. Manfaatnya lebih besar kepada negara, memperkuatkan lagi hubungan diplomatik antara negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan banyak lagi,” katanya.
Tegasnya, dengan terjalinnya hubungan lebih rapat antara negara-negara ini dengan Malaysia, maka sektor perdagangan antara negara Islam dapat diperkuatkan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan, bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, ke jawatan itu.
Abdul Hadi memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Beliau juga pernah tersenarai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.

Admin: Rantau Timur Tengah perlu damai, sebarang kekacauan hanya menguntungksn musuh tuhan, Israel.

Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.