Covid 19 : Tolong bawa kami pulang atau kami semua dipenjarakan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Sekumpulan jemaah tabligh yang ketika ini berada di India, merayu kepada kerajaan Malaysia supaya segera membawa mereka pulang ke tanah air.

Salah seorang daripada jemaah berkenaan yang dikenali sebagai Ibnu Hussin berkata, beliau bersama enam rakan lain sudah berada di negara itu sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan iaitu pada bulan Februari lalu.
Dakwanya, mereka di sana untuk melawat beberapa kawasan dan kini bimbang akan dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan visa pelancong.
“Mungkin ini post dan video terakhir kami sebelum dipenjarakan oleh pihak polis.
“Kami telah didakwa di atas kesalahan penyalahgunaan visa, bagaimanapun, kami tak faham apa kesalahan sebenar kami dan kami telah dipaksa menandatangani surat-surat yang kami tak dijelaskan dengan baik.
“Polis juga tidak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau Melayu dengan kami, kami tak faham,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau.
Video berkenaan tular di laman sosial dan sudah mendapat lebih kurang 7,000 perkongsian dan 4,700 komen.
Ibnu Hussin berkata, mereka telah diambil saringan ujian COVID-19 dan diberitahu akan dibawa ke penjara Chennai.
“Kami sangat mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia agar kami dapat dibebaskan untuk pulang ke tanah air dengan segera,” katanya.
Katanya lagi, pihak polis sebelum ini ada memberitahu akan membawa mereka ke pejabat Kedutaan Malaysia di Chennai tetapi mereka bimbang ia tidak berlaku.
“Kami meminta rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kami kerana kami dapat maklumat bahawa sebelum ini ada jemaah dari Indonesia dan Bangladesh telah dipenjarakan,” jelasnya.
Posted by Muhammad Fahmi on Selasa, 14 April 2020







Dikuasakan oleh Blogger.