Covid 19 : Terima kasih Jemaah Tabligh

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
*TERIMA KASIH JEMAAH TABLIGH*

Alhamdulillah banyak hikmah yang dapat digali sepanjang wabak COVID 19 ini. 

Kenapa Allah uji kluster jemaah tabligh?
Bukan himpunan lain, mestinya ada sebab.

Macam2 orang bercerita.  Ada yang membela,  ada yang mengecam tabligh.  Semua ada. 

Tapi,  setelah ambo disahkan positive terkena wabak covid pada 30 Mac,  ambo ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Dalam ward di bahagian kami ada 6 katil,  satu baru je keluar sebelum ambo masuk. Jadi totalnya ada 5 orang.  Empat daripada mereka adalah jemaah tabligh,  seorang sudah keluar,  jadi tinggal 3 orang, 2 orang dari Jordan, seorang orang melayu yang baru balik dari India,    seorang dari Rusia dan ambo dari Bangi.  Totalnya 5 orang yang masih tinggal.

Majoriti kami xkenal,  tapi sekejap je ukhuwah terbina,  kami berkenalan dan bersapa satu sama lain.  Masa sakit,  semua merisaui satu sama lain.

Sebelum ini,  kita lihat,  hospital sangat janggal untuk lihat orang bersolat,  bukan tiada.  Tapi nisbahnya sikit.  Tapi disebabkan covid terkena kepada jemaah tabligh,  bayangkan kawasan hospital hidup seperti surau dan masjid yang berada di taman taman perumahan.

Masuk saja waktu,  laungan azan bergema di setiap bahagian wad,  dibahagian kami,  saya yang menjadi muazzin,  imam biasanya orang Jordan.

Suasana Islam itu hidup  Dengan alunan al-Qur'an.  Dengan zikir2. Dan,  pengisian ilmu melalui fadilat amal.  Kami hidupkan dengan solat berjemaah dan pengisian rohani. Subhanallah.  Hospital bukan sekadar menjadi tempat rawatan fizikal tapi telah jadi tempat rawatan spiritual juga.

Tidak terbayang benda yang janggal selama ini
menjadi benda normal di hospital.

Dan, inilah yang selama ini saya dan pasukan perjuangkan melalui konsep hospital mesra ibadah (HMI), rawatan bukan sekadar fizikal tetapi spiritual dihidupkan, hubungan dengan Allah SWT lebih rapat.

Wabak ini dilihat sebagai ujian yang perlu dihadapi bukannya musibah yang merosakkan pegangan akidah.

Inilah salah satu hikmahnya wabak ini,
Kenapa jemaah ini dipilih.

Kerana Allah bagi mesti bersebab.

Orang yang melihat dengan pandangan positif,

Maka akan dapatlah melihat dengan hati yang terbuka

Semoga budaya solat di hospital menjadi perkara biasa di kesemua jabatan di hospital.

Dal setiap detik,  kita mencari keredhaan Allah SWT



#Alhamdulillahhujanrahmatmembasahbumiini
#Terimakasihtabligh
#Sekadarperkongsianuntuksebuahpenghormatan







Dikuasakan oleh Blogger.