Covid 19 : "Saya rela ditangkap masuk penjara"- Mat Said

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

CHUKAI: “Jangan tangkap anak buah saya. Saya rela saya ditangkap. Saya rela masuk penjara,” itu kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menafikan sukarelawannya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan PKP, hari ini.
Beliau berkata, sebelum itu, kira-kira 20 anak buahnya, iaitu sukarelawan sedang menurunkan bekalan beras daripada lori untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Kijal.
Katanya, pada masa sama, beliau ada menerima panggilan daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Samsuri Mokhtar yang memaklumkan dari Kuala Lumpur yang mahu singgah di rumahnya.
“Sebaik (Samsuri) tiba, sukarelawan saya sangat teruja dan sempat mengambil gambar seketika dengan pemimpin mereka (Samsuri) sebelum menyambung semula kerja mereka.
“Budak-budak (sukarelawan) bila jumpa dengan pemimpin nak buat macam mana, dan sekiranya perbuatan mereka itu salah, saya minta maaf dan saya rela masuk penjara jangan dakwa sukarelawan saya,” katanya pada sidang media, di kediamannya di Kampung Teluk Kalong, Kijal, petang ini.
Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kijal berkata, beliau terpaksa menggunakan ramai sukarelawan untuk mengagihkan bantuan kepada 10,000 penerima di kawasan Kijal.
“Sukarelawan saya bekerja siang dan malam tanpa dibayar upah kerana niat kami untuk sampaikan sumbangan kepada semua penduduk Kijal sebelum Ramadan,” katanya.
Beliau mendapat laporan daripada penama Ridzwan Abu Bakar yang membuat laporan supaya sukarelawannya dikenakan tindakan.
Ahmad Said berkata, beliau menjemput Ridzwan untuk bersama-sama sukarelawannya membantu mengagihkan sumbangan kepada penduduk di kawasannya.
“Saya jemput dia turun ke Kijal. Saya akan bayar tambang, tempat penginapan dan makan minumnya termasuk membuat surat pelepasan kepada Ketua Polis di tempat tinggalnya termasuk kebenaran polis di Kemaman,” katanya.
Jika terbukti tindakan anak buahnya salah, beliau rela menerima hukuman.
“Saya rela nak letak saya 14 hari ke sebulan ke dalam penjara saya tak kisah kerana saya rela berkorban untuk rakyat saya, “katanya.
Ahmad Said berkata, sumbangan barangan makanan diagihkan kepada 10,000 penduduk di DUN Kijal adalah daripada peruntukan pusat termasuk wangnya sendiri serta sumbangan daripada penyumbang.
“Saya ada dengar ada kawasan lain kecoh kerana tidak menerima sumbangan, namun di kawasan saya tidak berbangkit kerana kita bahagi semua rumah tanpa mengira bangsa, fahaman politik, miskin dan kaya.
“Saya ada senarai penuh penduduk di kawasan saya jadi tiada halangan menyampaikan bantuan kepada mereka tanpa berkecuali,” katanya.
Ahmad Said berkata, soal pembahagian bantuan sangat mudah sekiranya semua pihak duduk berbincang dan tidak menuding jari sekiranya berlaku sesuatu masalah. - Sinar Harian
Baru mu tahu sape abang id nelang -KM







Dikuasakan oleh Blogger.