Covid 19 : "Mereka enggan merawat saya kerana beragama Islam'

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Umat Islam di India semakan tertekan akibat sentimen kebencian agama.

JAMSHEDPUR, 27 Syaaban 1441H, Selasa – Masalah Islamophobia dilaporkan semakin menjadi-jadi di India, ini selepas hospital di negara ini enggan menerima pesakit dalam kalangan muslim yang didakwa menjadi punca kepada penularan COVID-19.

Keadaan itu menyebabkan dua bayi meninggal dunia di Jharkhand dan Rajasthan, selepas pihak hospital enggan merawat ibu mereka yang beragama Islam.

Di Jharkhand, seorang wanita keguguran selepas dia dilarang daripada menerima rawatan di Hospital MGM.

Portal The Telegraph melaporkan, Rizwana Khatun, 30, bergegas ke hospital selepas berlaku pendarahan, bagaimanapun setibanya di sana dia tidak dilayan seperti pesakit lain.

Sebaliknya, dakwa portal berkenaan, Rizwana dituduh sebagai pembawa wabak coronavirus sebelum dipukul dan diminta mencuci sendiri darah di hospital.

Susulan daripada itu, Rizwana telah menulis surat kepada Ketua Menteri Jharkhand, Hemant Soren untuk mengadu nasib.

“Saya dibuli kerana agama, saya diminta untuk membersihkan darah tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya menggigil ketika itu lalu saya dipukul dengan selipar.

“Saya terkejut dengan kejadian yang berlaku lalu bergegas ke rumah jagaan. Setelah tiba saya mendapati anak saya sudah meninggal,” katanya.

Awal bulan ini, seorang lagi bayi meninggal dunia di daerah Bharatpur, selepas hospital kerajaan enggan menerima pesakit yang merupakan seorang muslim.

Polis kini dilaporkan sedang melakukan siasatan terhadap dua kes berkenaan. – 



Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.