Covid 19: Masyarakat Muslim berang jenazah pesakit dibakar

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

COLOMBO, 10 Syaaban 1441H, Sabtu – Pembakaran jenazah kes COVID-19 secara paksa di Sri Lanka telah menyebabkan rasa marah dan terkejut dalam kalangan masyarakat minoriti, yang mendakwa pihak berkuasa melanggar kaedah pengebumian Islam.


Bishrul Hafi Mohammed Joonus, seorang lelaki berusia 73 tahun dari ibu kota Colombo yang meninggal dunia akibat COVID-19, adalah orang Islam kedua yang telah dibakar jenazahnya di negara pulau Lautan Hindi, yang telah mencatatkan 151 kes setakat ini.

Anak lelaki Bishrul, Fayaz Joonus, 46, berkata, bapanya yang mengalami masalah buah pinggang diuji positif virus itu kira-kira dua minggu lalu. Dia meninggal dunia pada 1 April dan dikebumikan pada hari berikutnya.

Fayaz berkata, mereka tidak boleh melakukan solat jenazah kerana takut akan jangkitan.

“Ayah saya telah diambil di dalam kenderaan di bawah pengawasan pasukan polis dan telah dibakar. Kerajaan perlu membuat pengaturan untuk kita umat Islam supaya dapat mengebumikan orang yang tersayang sesuai dengan keaedah pengebumian Islam,” katanya.

“Jika ada pilihan pengebumian, kerajaan kita perlulah bertolak ansur. Pembakaran bukanlah satu-satunya pilihan, kita mahu mengebumikan orang yang tersayang mengikut cara Islam,” katanya kepada Al Jazeera.

Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Selasa lalu mengeluarkan garis panduan COVID-19 dengan mengatakan prosedur standard pelupusan badan perlu dibakar. 

Ia bertentangan garis panduan yang lebih awal dikeluarkan yang membenarkan pengebumian muslim tradisional.

Berikutan itu, Amnesty International menyeru pihak berkuasa untuk menghentikan pembakaran mayat.
Para pemimpin dan aktivis Muslim telah menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan pengebumian atau pembakaran mayat untuk orang mati akibat pandemik.

Peguam terkemuka Ali Sabry berkata dalam catatan Facebook bahawa, beliau kecewa dengan keputusan pihak berkuasa untuk membakar jenazah orang Islam, kerana ia mengabaikan garis panduan WHO yang mengatakan bahawa tubuh boleh dimakamkan atau dikebumikan.

Amnesty International juga menyeru pihak berkuasa untuk menghormati hak minoriti untuk melaksanakan upacara terakhir menurut tradisi mereka sendiri.

“Pada masa yang sukar ini, pihak berkuasa perlu membawa komuniti bersama dan tidak memperdalamkan perpecahan di antara mereka,” kata Pengarah Asia Selatan di Amnesty International, Biraj Patnaik dalam satu kenyataan. – Agensi



Like dan Follow kami di Facebook Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.