Covid 19 : Kit ujian habis, Gaza rayu bantuan antarabangsa (viralkan)

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
GAZA, 15 Syaaban 1441H, Khamis – Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak COVID-19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian coronavirus.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, ujian di makmal pusat telah terhenti selepas kehabisan kit ujian coronavirus.
Setakat ini, Gaza melaporkan 13 kes jangkitan COVID-19 yang kini ditempatkan di sebuah pusat kuarantin.
Bagaimanapun, pegawai bimbang kekurangan peralatan kritikal dan bekalan ubat boleh menyebabkan penularan kepada dua juta penduduk di kawasan itu.
Dalam taklimat berita, Ashraf berkata, puluhan sampel sedang menunggu ujian dan ratusan orang berkemungkinan terpaksa dikuarantinkan sementara menunggu keputusan.
Justeru, beliau merayu kepada organisasi antarabangsa supaya membantu menyediakan alat penguji di Gaza, termasuk 100 alat bantuan pernafasan dan 140 katil untuk unit rawatan rapi (ICU).
Terdahulu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah menutup sekolah, masjid dan dewan orang ramai serta mengharamkan perhimpunan jalanan bagi menghentikan penularan wabak.
Bagaimanapun, Hamas belum memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung ke atas dua juta penduduk Gaza, kerana menganggap belum ada keperluan berbuat demikian.
Sebanyak 250 kes dan satu kematian dilaporkan di kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat – wilayah yang dijajah oleh rejim Israel.- Agensi


Admin: Israel yang disokong Amerika terkesan dengan wabak ini, eloklah mampus kekejaman mereka semuanya







Dikuasakan oleh Blogger.