Covid 19 : JAWI laksana akad nikah secara online

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah melaksanakan majlis akad nikah membabitkan satu pasangan pengantin secara sidang video, pada jam 10 pagi tadi.

Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, pelaksanaan majlis berkenaan selaras dengan ketetapan terbaharu Jawi pada 17 April lalu, yang memberikan kelonggaran kepada pasangan yang telah memperoleh Kebenaran Berkahwin untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video, berdasarkan garis panduan serta borang permohonan yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, ia juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-97, yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011.
Katanya, muzakarah berkenaan memutuskan bahawa harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
“Bagi urusan lain seperti permohonan kebenaran berkahwin untuk pasangan yang belum lagi mendapat kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai, rujuk dan kursus pra perkahwinan Islam ditangguhkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
“Insya-Allah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran, kita semua akan dilindungi oleh Allah SWT dan berjaya membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.- ISMAweb

Isi borang poligami, admin tak pasti online ke tak







Dikuasakan oleh Blogger.