Covid 19 : Ekonomi kita masih mampu bertahan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

1. LAPORAN Bank Dunia menyebut ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 kerana memiliki struktur ekonomi yang pelbagai (diversified economic structure) dan sejarah pengurusan makroekonomi yang cemerlang
2. Berbanding banyak negara lain, pakej stimulus ekonomi yang diumumkan kerajaan berjumlah RM260 billion boleh dikira besar kerana merupakan 17 peratus daripada GDP Gross Domestic Product) negara. Ini membuktikan bahawa ekonomi Malaysia memiliki dayatahan untuk berhadapan dengan situasi kritikal seperti ini
3. Walaupun dengan belanjawan tambahan ini, kerajaan masih mampu untuk mengekalkan kadar hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah GDP negara
4. Sebagai salah satu indikator, 2 hari lalu pada 17 Apr 2020, Ringgit Malaysia (RM) dibuka lebih tinggi berbanding matawang lain di rantau Asia pada paras RM4.355 bagi setiap USD. RM juga diniagakan lebih tinggi berbanding matawang utama dunia seperti Singapore Dollar, British Pound dan Euro
5. Bursa Malaysia juga dibuka lebih tinggi dengan composite index meningkat sebanyak 1.464 peratus. Situasi ini membayangkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi negara
6. Selain itu, IMF juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 9.0 peratus pada tahun 2021 walaupun dijangkakan menguncup sebanyak 1.7 peratus tahun ini. Jika berjaya direalisasikan, pencapaian ini merupakan yang terbaik antara negara-negara Asean-5 (Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam)
7. Manakala dari segi GDP pula, IMF mengunjurkan Malaysia akan berkembang kepada 5.8 peratus pada tahun 2021, walaupun prestasi tahun ini mungkin pada paras 3.0 peratus
8. Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan jentera kementerian kewangan dengan bantuan pelbagai pihak lain telah melakukan yang terbaik untuk memastikan ekomoni negara terus terpelihara
9. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlu memainkan peranan dalam kapasiti masing-masing contohnya mengkritik secara membina jika kita mempunyai cadangan atau penyelesaian lebih baik. Bagi para frontliner yang masih bertugas dalam pelbagai industri pada fasa kritikal ini, perlu diingat sumbangan anda juga amat besar dalam memacu ekonomi negara yang sedang merudum kini
10. Sama-sama kita doakan para pemimpin dan barisan frontliner kita akan terus diberikan taufiq dan hidayah serta kekuatan untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut global ini, insya-Allah.
Orang diluar agak "kaget" melihat belanja kerajaan Malaysia dalam ransangan ekonomi untuk membantu rakyat melawan Covid 19 dan kita perlu  bertahan untuk melawan - KM







Dikuasakan oleh Blogger.