Covid 19 : Dr Saud Anwar dan pasukannya diangkat sebagai "hero" oleh rakyat Amerika

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Kevin Dyer, Robert Conley and Dr Saud Anwar


Dr Saud Anwar seorang Doktor pakar paru-paru berketurunan Pakistan Amerika antara barisan hadapan menyelamatkan nyawa rakyat Amerika yang sedang berhadapan keganansan makluk Covid 19.

Beliau sangat bangga dapat mencurahkan kepakaran dan perkhidmatan sebagai pengamal perubatan yang terlibat secara langsung bersama masyarakat antarabangsa berhadapan dengan Pandemik Covid 19.

Dr Saud Anwar mendapat pujian dan penghargaan tinggi daripada masyarakat di Amerika kerana hasil inovasinya mencipta alat ventilator yang mampu merawat tujuh pesakit sekaligus.

Walaupun bukanlah kesemua pesakit yang dijangkiti Covid 19 memerlukan bantuan alat Ventilator ini, tetapi bagi kes yang melibatkan gangguan pernafasan yang kronik, ianya merupakan sesuatu amat diperlukan. Gabenor New York hingga ke gabenor California, telah berusaha mengumpul dan menyimpan sebanyak mungkin stok ventilator bagi barisan hadapan menyelamatkan seberapa ramai nyawa pesakit. Pandemik Covid 19 kini menyebabkan lebih 40,000 orang maut di seluruh Amerika akibat dijangkiti wabak maut tersebut.

Ketika itulah idea untuk alat "splitter ventilator" muncul. Kevin Dyer dari InterPRO, sebuah syarikat percetakan dan pembuatan 3D yang berpusat di Connecticut, menggunakan rangkaiannya untuk menghubungi Dr Saud Anwar dan jurutera Robert Conley untuk bersama menghasilkan inovasi alat splitter ventilator bagi menyelamatkan seberapa ramai yang mungkin.

Penciptaan itu mampu meningkatkan kapasiti ventilator untuk merawat lebih dari seorang pesakit sekaligus. Mereka telah mencipta satu alat pemisah yang "simple" yang dapat digunakan pada ventilator untuk membuat "beberapa cabang" sehingga beberapa pesakit dapat dihubungkan ke mesin sekaligus.

Dr Saud Anwar turut memuat naik video di facebook beliau berkenaan konsep dan fungsi "splitter ventilator" yang dicipta bersama pasukannya




Menurut Dyer, rekaan alat tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 100 buah negara termasuk negara-negara di Afrika. Dyer berharap masyarakat dunia dapat memanfaatkan hasil penciptaan mereka khusunya bagi mereka yang tidak dapat mengakses teknologi sepertimana yang dimiliki negara seperti Amerika.

splitter yang dihasilkan 


Hasil usaha mereka mendapat perhatian rakyat Amerika dan pelbagai pihak menzahirkan rasa terima kasih di atas usaha yang dilakukan. Pelbagai pihak menzahirkan ucapan penghargaan kepada Dr Saud Anwar dan rakan-rakannya.











Dikuasakan oleh Blogger.