Covid 19 : 20 juta orang diramal hilang pekerjaan di Amerika Syarikat

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

NEW YORK,  Jumlah kes COVID-19 yang dikesan di Amerika Syarikat (AS) meningkat kira-kira setengah juta orang, dengan lebih 18,600 kematian dicatatkan.

Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan berkata, tarikh untuk membuka semula laluan keluar-masuk negara itu adalah satu keputusan paling sukar untuk dilakukan, susulan penularan wabak itu yang semakin membimbangkan.
Sementara itu, pakar-pakar kesihatan telah memberi amaran bahawa jumlah kematian di AS akibat COVID-19 akan meningkat hingga 200,000 orang pada musim panas akan datang, sekiranya rakyat mengingkari arahan untuk tinggal di rumah selama 30 hari.
Selain itu, Trump berkata, pihaknya mahu rakyat negara itu hidup normal secepat mungkin kerana arahan kawalan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor ekonomi dan kesihatan.
Trump akan mengumumkan sama ada untuk memanjangkan perintah kawalan pergerakan tidak lama lagi.
Kesan daripada wabak COVID-19 itu juga seramai 15 juta rakyat AS telah kehilangan pekerjaan sejak tiga minggu ini.
Jumlah berkenaan tersasar daripada dakwaan kerajaan yang menjangkakan bahawa seramai 701,000 rakyat akan kehilangan pekerjaan pada bulan Mac.
Namun, beberapa ahli ekonomi meramalkan seramai 20 juta rakyat akan menganggur menjelang akhir bulan ini. -Agensi

Admin : Pakar menjangkakan vaksin Covid 19 hanya akan ditemui antara Julai sehingga September 2021, apakah segalanya kembali normal selepas 2021?.








Dikuasakan oleh Blogger.