Covid 19 : 195 juta orang akan hilang pekerjaan pada suku kedua tahun ini sahaja!

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui organisasi buruhnya menjangkakan jutaan pekerja sepenuh masa akan hilang pekerjaan pada suku kedua tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Unjuran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) itu adalah berdasarkan kepada kehilangan 6.7 peratus jam bekerja semasa yang menyamai tugas 195 juta pekerja sepenuh masa, lapor AP.

Jangkaan ini merupakan peningkatan besar berbanding kenyataan pada 19 Mac lalu di mana ia meramalkan kehilangan 25 juta pekerja untuk sepanjang tahun 2020.

Ketua Pengarah ILO, Guy Ryder berkata, "Angka ini menjelaskan keadaan bahawa dunia pekerjaan mengalami kejatuhan yang sangat luar biasa."

Agensi itu berkata langkah kawalan pergerakan sama ada penuh atau separa kini telah menjejaskan hampir 2.7 bilion pekerja atau kira-kira 81 peratus daripada tenaga kerja dunia.

Daripada jumlah itu, 1.25 bilion pekerja berada dalam sektor terjejas teruk seperti perkhidmatan hotel dan makanan, pembuatan dan runcit. - Astro Awani

Admin : Covid 19, kesannya begitu dahsyat bahkan tak pernah terjangkakan berlaku di abad ke 21, krisis ini lebih teruk berbanding kegawatan ekonomi Great Depression 1929, krisis kemanusiaan dan makanan akan terjadi sekiranya malapetaka ini tidak dihentikan.







Dikuasakan oleh Blogger.