Azab sakaratulmaut : tengah nazak pun dia masih nak gesek biola

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :
Kisah sebenar yang diceritakan oleh Ustaz Yazid Ja’afar untuk pengajaran kita semua…


Gambar Hiasan


Suatu petang lebih 10 tahun lalu, saya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menziarahi kawan yang sedang sakit. Dia sudah beberapa hari dimasukkan ke dalam wad kerana sakit di dalam perut.

Bagaimanapun, ketika sedang berbual-bual dengannya, saya lihat seperti ada kegemparan dan cemas di katil tidak jauh dari tempat sahabat saya itu terlantar. Ada pula yang menggeleng-gelengkan kepala. Doktor dan jururawat bertungkus ;umus melakukan sesuatu.

“Mungkin dah nazak agaknya,” kata saya di dalam hati

Selepas memberitahu kawan saya mengenai apa yang sedang berlaku, saya berjalan ke katil berkenaan.

Benarlah sangka saya itu. Ada pesakit, lelaki, yang sedang nazak. Usianya dalam lingkungan 70an dan badan kurus kering. Mata terpejam dan nafasnya Nampak sukar ditarik.

Tapi apa yang menimbulkan tanda tanya di hati saya ialah  ketika menghadapi sakaratulmaut itu, kelakuan lelaki berkenaan aneh sekali. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan rapat ke bahu seolah-olah sedang mengimpit sesuatu. Sambil itu dia terangguk-angguk perlahan dan lemah.

“Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhaduanna Muhammadur Rasulullah,” 
bisik seseorang ke telinga lelaki berkenaan.

Namun lelaki itu seperti tidak mendengar langsung bisikan tersebut. Dia tetap seperti tadi, kepala dipaling ke kiri, mengepit ke bahu dan terangguk-angguk lemah. 

Lidahnya tidak bergerak untuk menyebut kalimah suci itu.

Sekali lagi kalimah syahadah dibisikkan kepadanya tapi dia terus juga mengangguk-anggukkan kepala lemah.

Saya tekun memerhatikan lelaki berkenaan. Hati saya makin diselebungi pelbagai pertanyaan.

Ketika fikiran saya melayang memikirkannya, saya lihat anggukan lelaki berkenaan semakin lemah dan lambat. 

Kemudian terus berhenti. Doktor memeriksa nadinya, dan… inna lillahi wa inna illaihi rojiun. Lelaki tersebut meninggal dunia… dalam keadaan kepalanya dipalingkan ke kiri dan sedang mengangguk-angguk.

Suasana cemas bertukar hiba. Ahli keluarga Allahyarham menangis. Yang lain pula membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk disedekahkan kepadanya. Apabila keadaan kembali tenang, saya menemui salah seorang saudara rapat Allahyarham.

“Kenapa nazaknya begitu?” Tanya saya selepas sama-sama memperkenalkan diri.

“Inilah susah skit saya nak cakap. Nak ceritakan tak elok, tap….” Katanya serba salah.

“Apa maksud cakap encik itu?” soal saya lagi.

“Beginilah..untuk iktibar kita bersama, saya boleh beritahu ustaz… dia tengah main biola,” katanya.

“Main biola? Saya tak faham,” jawab saya.
Lantas lelaki tersebut menerangkan kepada saya apa yang dimaksudkan itu. 

Menurutnya Allahyarham amat gemar bermain biola. Tak kira pagi petang, senja mahupun malam, dia akan mengesek biolanya mendendangkan lagu-lagu yang lembut dan mendayu.

Gesekannya memang mengasyikkan sesiapa sahaja. Kerana itu ramai terpegun dan ‘terlena’ menikmati alunan mendayu gesekan biola Allahyarham.

Dari usia muda, hinggalah saat-saat sebelum meninggal dunia, itulah satu-satunya hobi Allahyarham. Biola, biola, biola. Bila radio atau televisyen menyiarkan lagu yang ada gesekan biola, Allahyarham akan mendengarnya dengan asyik seolah-olah taka da lain lagi di dunia ini kecuali dia dan biola. Kerana terlalu asyik, tentulah fikiran berkhayal dan lupa kepada Allah. Yang Asik mendengarnya pun terlupa sama.

“Dan sebab terlalu asyik dengan biolalah,” sambung lelaki itu lagi, “bila terlantar sakit di hospital, salah satu ubat yang paling mujarab untuk sembuhkan dia ialah biola.”

“Eh… pelik sungguh bunyinya,” kata saya.

Lelaki itu menyambung ceritanya. Kata beliau, apabila penyakit menyerang dan dia mengerang kepedihan, Allahyarham akan menjerit serta mengeluh sambil menyembut ‘violin! violin!’

Bila menjerit begitu, ahli keluarga Allahyarham akan cepat-cepat  menggesek biola untuknya. Demi terdengar sahaja alunan biolanya, Allahyarham lega semula. Dia tersenyum dan sakit yang menyerangnya seolah-lah terbang melayang. Tak lama kemudian, penyakitnya dating semula, Allahyarham mengeluh meminta digesekkan biola.

Begitulah yang berlaku sejak Allahyarham dimasukkan ke wad. Sejak hari pertama hinggalah hari dia meninggal dunia, sebuah biola menjadi teman setianya dan perlu ada seseorang menunggunya di situ. Orang itu perlu bersiap sedia menggesek biola bila Allahyarham mengerang kesakitan.

Keadaan lelaki itu nazak dan meninggal dunia mengingatkan akan hadis Nabi yang bermaksud, “Kalau kamu asyik dengan sesuatu, bila kamu mati nanti kamu juga akan melakukan sesuatu apa yang kamu asyik itu.”








Dikuasakan oleh Blogger.