Ana perasan banyak orang susah dan miskin ni mereka tinggal solat Subuh

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Aku pernah berborak dengan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra tentang golongan miskin. Katanya,

"Ana perasan banyak orang susah dan miskin ni mereka tinggal solat Subuh. Solat dhuha apatah lagi. Makna kata mereka bangkit lewat. Sedangkan nabi saw kata, bangun awal pagi itu punca rezeki mencurah."

Dan sejujurnya, aku sendiri banyak berjumpa keluarga yang dihimpit kemiskinan tapi langsung tidak solat.

Tidak pula disuruh anak-anak solat. Sudahlah miskin harta, miskin pula jiwa.

Tidak menjaga solat ini hidup tiada berkat. Hilang seri, hilang tujuan diri.

Orang dulu-dulu, anak sampai 10, 11 orang. Kerja sawah, toreh getah orang sahaja. Hidup mereka nampak sempit, namun dada mereka sangat lapang. Hati mereka sangat tenang.

Kerana mereka mempunyai iman.

Mereka menjaga solat, menjaga agama. Quran itu setiap hari dibaca. Satu persatu Tuhan permudah urusan hidupnya.

Walau miskin, tidak sampai meminta-minta. Makan nasi dengan ikan sekerat dikongsi dua itu menjadi nikmat. Ia rezeki yang halal, dan ianya disyukuri.

Zaman kini, yang susah itu pula suka berjudi. Bangun pula bila matahari terpacak tinggi. Kerja bermalasan pula. Quran langsung dilupa.

Asal ada bunyi bantuan, dia yang paling bersegera. Dan paling menyedihkan, sanggup menipu pula jumlah pendapatan untuk mendapat habuan yang banyak.

Tamak. Sedangkan itu yang hendak disuap. Maka bagaimana hidup mahu mendapat berkat? Bagaimana rezeki mahu mendekat?

Ubahlah sikap. Jujur dan amanah. Syukur dengan setiap yang ada. Bangkit awal pagi dan mula berusaha.

Pasti. Pasti satu masa kejayaan akan tiba. Pasti nanti semua urusan akan dipermudahkanNya.

Yakinlah!- Fadli Salleh

#StayAtHome
#MFS
.

LIKE & FOLLOW FB : Kriss Merah Media








Dikuasakan oleh Blogger.