"Alphard aku jual, rumah aku jual" luahan pelakon Adam Hamid

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

” Wahai sahabat artisku. Bukankah kerajaan dah tolong kita. Tolong tangguhkan bayaran pinjaman perumahan dan kereta…”


Demikian luahan pelakon Adam Hamid Jarnail yang meminta rakan artis supaya tidak keterlaluan dalam meminta bantuan dari kerajaan.

Adam yang pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama, menasihati rakan artis supaya berpada-pada kerana ramai lagi yang perlukan bantuan kerajaan.

Bila dapat payment, lupa diri..

” Bil letrik pun diberi diskaun…Kita nak suruh tolong apa lagi! Suruh bagi duit setiap bulan? Memang tak dapatlah! Kerajaan Ayah pin pun takkan mampu nk bagi begitu

” Kita sepatutnya dari dahulu perlu berjimat cermat, simpan duit, sebab kerja kita tak mcm org lain
Kerja kita tiada gaji tetap


” Tapi kita lupa…asal masuk payment, butik LV yg kita jengah, sewa rumah ribu-ribu, pakai kereta mewah-mewah. Bila berlaku begini, kita nak salahkan kerajaan, tidak adillah wahai sahabat…” tulis Adam.

Merupakan kacukan Melayu-Cina-Pakistan, Adam juga pernah menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Pada Julai 2018, kisah Adam yang pernah menjadi pengarah beberapa buah drama mendapat simpati ramai selepas bertarung nyawa melawan jangk1tan kuman dalam paru-paru sekitar 2017.

Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual

Adam telah berkongsi kisah bagaimana nasibnya sebagai anak seni berubah 360 darjah kerana terpaksa menjual segala harta.

” Aku sakit 3 tahun, tak kerja, tak de pun kerajaan bantu, tapi syukur masih hidup.

” Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual, aku sekarang hanya tinggal di PPR milik Abah.

” Syukur rumah PPR pun dh beli tanpa hutang tahun 2010 dulu masa rezeki tengah ada, walau tidak lagi mewah aku bahagia tanpa memikirkan hutang.

” Syukur juga ada produk sendiri Afskincare.my Miracle Serum Botox, itulah rezeki buat aku sara Ma, Abah dan bayar anak belajar di IPTs serta buat makan hari-hari walau tak banyak , tapi syukur Alhamdulillah.” akhiri Adam.

Tahun 2017, bermula zaman kejatuhan Adam..

Terdahulu menerusi perkongsian pada Julai 2018, Adam, 47, mendedahkan dia pernah dimaklumkan peluang untuk hidup amat tipis ekoran penyak1t tersebut.

” Pada 9 Julai 2017, saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangk1tan kuman pada paru-paru.

” Koma selama 5 hari… Dan mengikut kata doktor peluang untuk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.

” Terima kasih Allah, memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu,” tulis Adam.


Sikit-sikit dapat imbuhan buat kerja part time ni, aku simpan dalam i-saraan KWSP, kena beringat jika takdirnya kita terduduk dah tak boleh nak buat apa, ada juga benda nak disuap.. kalau semedang dalam tangan, ditarah lama-lama habis nanti.-KM









Dikuasakan oleh Blogger.