Tiga spesies katak ini takkan kita dapat jumpa lagi

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Kajian mengenai hutan hujan Amazon, Brazil yang dikeluarkan pada 26 Januari 1998 menunjukkan, kehilangan hutan itu akibat aktiviti pembalakan dan pencerobohan manusia, amat menakutkan. Imej satelit mendapati sejumlah 14,000 kilometer persegi hutan itu telah ditebang, dibakar dan digondolkan antara 1995 hingga 1997. Jumlah itu terus meningkat, dan salah satu kesan buruk yang berlaku akibat pencemaran alam itu ialah pupusnya pelbagai spesies katak, misalnya....

Monteverde Golden Toad (Bufo Periglenes)


Dahulu katak berwarna terang ini sangat banyak dilihat di perhutanan Montreverde Cloud Forest di Costa Rica. Pada musim bertelur, beribu-ribu ekor katak ini muncul. Saintis pernah mengkaji Monterverde Golden Toad, tetapi sekali sahaja, kerana tidak menganggap ia terlalu penting. Tetapi tiba-tiba dalam tahun 1988, saintis hanya mampu menemui 10 ekor katak jenis ini di hutan Costa Rica dan tiada seekor pun yang mengawan. Pada tahun 1989, cuma seekor sahaja ditemui dan sejak dari itu, Monteverde Golden Toad langsung tidak pernah dijumpai lagi!

Western Toad (Bufo Boreas)



Ia menghuni kawasan pergunungan Barat di Utara Amerika. Pada 1973, para saintis mendapati keselurihan Western dihinggapi penyakit yang menyebabkan kaki haiwan itu menjadi kemerah-merahan seperti dibakar, dan akhirnya mati. Pada 1979, para saintis dari Colorado mendapati Western Toad telah pun pupus.

Gastric Brooding Frog (Rheobatrachus Silus)



Mula dijumpai pada sekitar tahun 1972. Penemuan ini dianggap menarik kerana Gastric Brooding Frog menetaskan anak-anak berudu di dalam perutnya. Apa yang menarik, ketika menetaskan telurnya, perut katak ini secara automatik berhenti daripada mengeluarkan asid hidroklorik yang boleh membunuh benihnya. Tetapi malang, belum sempat kajian lebih mendalam dapat dilakukan, Gastric Brooding Frog didapati telah lenyap dari bumi ini.

Selain daripada yang diceritakan diatas, sebenarnya banyak lagi spesis katak yang telah pupus dan terdapat juga yang kini sangat terancam dek kerana pencemaran hasil kerakusan manusia.







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.