Serangan Lenggong 1982, bukti bertapa berhati binatang pengganas Komunis

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :

Inilah kenderaan tentera yang ditembak oleh pengganas Komunis di Ulu Legong tahun 1982 yang mengakibatkan sembilan anggota terbunuh. Paling menyedihkan terdapat anggota tentera yang perutnya ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. Tujuh orang perajurit yang terkorban, jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas Komunis? Adakah mereka pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperilaku binatang?

Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;

Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar dua tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!

Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Binatang!







Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.