Sekali aku mengumpat, satu dirham aku dermakan

Iklankan produk dan perniagaan anda bersama kami, maklumat lanjut


Kongsikan :


Abdullah bin Wahab al-Fihri merupakan seorang faqih dan muhaddis yang terkenal di Mesir bahkan juga salah seorang murid Imam Malik.

Sebagai manusia biasa, Ibn Wahab pernah memiliki kebiasaan mengumpat. Walau bagaimanapun, beliau berusaha meninggalkan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara.

Beliau berkata:"Aku bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, maka aku akan berpuasa sehari. Setiap kali mengumpat aku berpuasa. Namun aku menjadi lemah kerana nazar ini."

Lalu beliau mencari usaha lain kerana merasakan cara tersebut tidak berkesan.

Ibn Wahab berkata: "Lalu aku bernazar setiap kali aku mengumpat seseorang, aku akan bersedekah satu dirham. Oleh sebab besarnya cintaku terhadap dirham, akhirnya aku berjaya meninggalkan kebiasaan mengumpat"








Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.